Page 115 - index
P. 115

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                              ditetapkan oleh Pekeliling Perbendaharaan Pengurusan Belanjawan (PP PB) 1.1
                              OBB.

                      22.5.2 Penekanan  diberikan  kepada  pencapaian  impak  dan  keberkesanan  sesebuah
                              Program/Aktiviti/Projek berbanding output untuk memberikan nilai faedah yang
                              terbaik  (best  value  for  money)  bagi  jumlah  perbelanjaan  yang  telah  dibuat.
                              Sehubungan      itu,   Kementerian/Pegawai       Pengawal      dikehendaki     untuk
                              menyediakan  cadangan  anggaran  perbelanjaan  tahunan  mengikut  susunan
                              keutamaan  berlandaskan  kepada  fungsi  utama  dan  kerangka  keberhasilan
                              selaras  dengan  PP  PB  berkuat  kuasa  mengenai  penyediaan  Cadangan
                              Anggaran Perbelanjaan Persekutuan yang dikeluarkan setiap tahun.

                      22.5.3 Kementerian/Pegawai Pengawal juga perlu menyemak semula kos bagi setiap
                              output   dan     keberhasilan    (outcome)     sesebuah      Program/Aktiviti/Projek
                              Kementerian/PTJ menggunakan teknik pengekosan selaras dengan PP PS 1.3
                              Pelaksanaan Perakaunan Pengurusan. Di samping itu, penetapan prestasi perlu
                              dibuat berdasarkan keupayaan sebenar dalam menjana output yang berkualiti
                              dan  seterusnya  mencapai  sasaran  dan  keberhasilan  yang  dikehendaki  bagi
                              tujuan pemantauan.

                      22.5.4 Pengekosan  adalah  teknik untuk mengenal  pasti  secara  terperinci jumlah  kos
                              yang terlibat dalam menghasilkan bekalan/perkhidmatan. Ia merangkumi proses
                              pengelasan,  perekodan  dan  pengagihan  perbelanjaan  kepada  output  dan
                              keberhasilan  yang  telah  dicapai  oleh  sesebuah  Program/Aktiviti/Projek
                              Kementerian/PTJ dalam tempoh yang ditetapkan. Ia bertujuan mengenal pasti
                              dan menentukan kos akhir setiap output dan keberhasilan yang dihasilkan bagi
                              menyediakan analisis pengekosan untuk membantu Kementerian/PTJ membuat
                              keputusan secara efektif.

                      22.5.5 Kepentingan melaksana dan menganalisis pengekosan adalah untuk:

                               22.5.5.1  mengenal  pasti  kos  bagi  setiap  output  dan  keberhasilan  Program/
                                          Aktiviti/Projek;
                               22.5.5.2  menilai tahap kecekapan dan keberkesanan pengurusan kos dalam
                                          mencapai keberhasilan yang disasarkan;
                               22.5.5.3  menyusun semula perbelanjaan berdasarkan keperluan sebenar dan
                                          kapasiti  pelaksanaan  bagi  mengoptimum  sumber  kewangan  dan
                                          mengelakkan pembaziran serta ketirisan;
                               22.5.5.4  menyemak dan menyusun semula skop Program/Aktiviti/Projek sedia
                                          ada mengikut keutamaan;
                               22.5.5.5  mengenal pasti Program/Aktiviti/Projek yang tidak kritikal bagi tujuan
                                          pemansuhan; dan
                               22.5.5.6  menilai tahap keberkesanan polisi yang dilaksanakan.

                      22.5.6 Pelaksanaan pengekosan di Kementerian/PTJ pada masa ini mengguna pakai
                              teknologi (sistem berkomputer) yang telah dibangunkan sebagai platform untuk


                                                                                                          114
   110   111   112   113   114   115   116   117   118   119   120