Page 111 - index
P. 111
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
untuk penghasilan output, keberhasilan dan impak yang ditetapkan. Sumber
yang biasanya digunakan dalam penyampaian Perkhidmatan Awam di
Kementerian adalah sumber manusia, sumber kewangan, sumber
infrastruktur (aset) dan/atau bahan mentah.
iv. Pengukuran Prestasi
Pengukuran Prestasi adalah proses membangunkan petunjuk dalam bentuk
kuantitatif, kualitatif dan/atau deskripsi kualitatif yang boleh dipantau secara
sistematik. Maklumat ini boleh digunakan untuk menilai kecekapan dan
keberkesanan Kementerian dalam menggunakan sumber yang
diperuntukan bagi menyediakan produk/perkhidmatan dan mencapai
objektif Program/Aktiviti yang telah dilaksanakan.
22.1.9 Pelaksanaan SMARt dapat meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan
akauntabiliti di semua peringkat Kementerian melalui penekanan ke atas tadbir
urus yang baik (good governance), nilai faedah yang terbaik (best value for
money) dan penggunaan sumber secara optimum. Laporan SMARt yang
dihasilkan berupaya untuk:
i. Memantapkan proses pengurusan belanjawan dan perancangan strategik
Kementerian;
ii. Mengenal pasti tindakan penambahbaikan ke atas pengurusan kewangan
secara menyeluruh; dan
iii. Memberi bukti dan petunjuk yang menggambarkan prestasi sebenar
Kementerian dalam penyampaian perkhidmatan awam bagi membolehkan
penilaian dibuat di pelbagai peringkat dari segi kecekapan dan
keberkesanan secara lebih tepat serta menyeluruh.
22.1.10 Berikut adalah punca kuasa bagi pelaksanaan Perakaunan Pengurusan di
Kerajaan Persekutuan:
i. Arahan Perbendaharaan (Pindaan 2023) 138, 300E, 300F dan 300G
ii. Pekeliling Perkhidmatan berkaitan yang berkuat kuasa
iii. Pekeliling Perbendaharaan (PP):
▪ PP PS 1.2 - Pelaksanaan Perakaunan Akruan Kerajaan Persekutuan;
▪ PP PS 1.3 - Pelaksanaan Perakaunan Pengurusan;
▪ PP PS 5.1 - Garis Panduan Pelaksanaan Jawatankuasa Pengurusan
Kewangan dan Akaun (JPKA);
▪ PP PS 6.1 - Garis Panduan Pemantapan Penubuhan Pusat
Tanggungjawab dan Pejabat Pemungut;
▪ PP PB 1.1 - Bajet Berasaskan Outcome; dan
▪ PP lain berkaitan yang berkuat kuasa
110

