Page 108 - index
P. 108
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
yang terlibat dan direkodkan sebagai Akaun Belum Terima (ABT) tertakluk kepada
SPANM Tatacara Pengurusan Terimaan yang berkuat kuasa.
21 PENUTUPAN AKAUN TAHUN 2023
21.1 Ketua Jabatan hendaklah sentiasa memastikan tidak berlaku sebarang perbelanjaan tanpa
peruntukan atau perbelanjaan melebihi peruntukan. Semua pembayaran bagi tahun 2023
mestilah diselesaikan dalam tahun kewangan 2023 juga.
21.2 Ketua Jabatan hendaklah mematuhi tarikh-tarikh yang telah ditetapkan oleh Bahagian
Akaun bagi melancarkan penutupan akaun interim dan akhir tahun.
22 PERAKAUNAN PENGURUSAN
22.1 PENGENALAN PERAKAUNAN PENGURUSAN
22.1.1 Perbendaharaan Malaysia telah mengeluarkan Pekeliling Perakaunan
Pengurusan – PS 1.3 bagi tujuan menerangkan dasar dan pelaksanaan
Perakaunan Pengurusan dalam Kerajaan Persekutuan melalui pengenalan
Perakaunan Pengurusan dan Pelaporan Strategik atau dikenali sebagai
Strategic Management Accounting and Reporting (SMARt).
22.1.2 Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah memutuskan bahawa
pelaksanaan Perakaunan Pengurusan adalah dalam tempoh peralihan sehingga
31 Disember 2025. Manakala pelaksanaan sepenuhnya Perakaunan
Pengurusan akan bermula pada Januari 2026. Pelaksanaan elemen SMARt
adalah secara berperingkat mengikut tempoh yang telah ditetapkan oleh JANM.
22.1.3 Perakaunan pengurusan adalah satu mekanisma berstruktur yang
mengenalpasti, mengukur, menganalisis, mentafsir dan menyampaikan
maklumat yang diperlukan kepada pembuat keputusan untuk mengawal
perbelanjaan, membuat perancangan strategik dan mengukur prestasi
perkhidmatan atau dikenali sebagai Strategic Management Accounting and
Reporting (SMARt).
22.1.4 Pelaksanaan SMARt menggunakan dua pendekatan iaitu dari bawah ke atas
(bottom-up approach) dan diagnosis (diagnostic approach). Melalui pendekatan
ini, data kewangan yang dihasilkan oleh perakaunan kewangan berasaskan
akruan dari peringkat terendah, iaitu Pusat Tanggungjawab (PTJ) sehingga ke
peringkat tertinggi Kementerian/Jabatan akan digabungkan dengan data bukan
kewangan untuk dianalisis menggunakan teknik yang berfokus.
107

