Page 107 - index
P. 107

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

               20.28  Potongan Bagi Bayaran Balik Terlebih Emolumen
                       (i)  PTJ/ PC hendaklah mengutip Bayaran Balik Terlebih Emolumen sama ada melalui
                          bayaran penuh atau Pendahuluan Diri bagi bayaran secara ansuran.

                       (ii) Pastikan Emolumen Terlebih Bayar direkodkan sebagai Akaun Belum Terima (ABT)
                          dan bayaran balik emolumen terlebih bayar hendaklah direkodkan dalam daftar yang
                          telah ditetapkan.  PTJ/  PC hendaklah memastikan  rekod  ABT diselenggara  dengan
                          baik  selaras  dengan  SPANM  Tatacara  Pengurusan  Terimaan  yang  berkuat  kuasa.
                          ABT bagi emolumen terlebih bayar hendaklah direkodkan dalam kategori ABT Hutang-
                          hutang Lain.

               20.29  Mendapatkan Balik Pembayaran Terlebih Emolumen Dengan Ansuran
                       (i)  Selaras dengan Pindaan AP327(b) pembayaran balik emolumen terlebih bayar secara
                          ansuran bulanan boleh dibenarkan setelah mendapat kebenaran Pegawai Pengawal
                          dengan  syarat  bayaran  balik  sepenuhnya  dilakukan  dengan  secepat  mungkin  dan
                          tidak lewat dari enam bulan (60) bulan selepas bayaran itu diketahui atau sebelum
                          pegawai itu meninggalkan perkhidmatan Kerajaan mengikut mana yang lebih awal.

                       (ii) Pegawai boleh membuat pembayaran balik melebihi enam bulan (60) bulan selepas
                          mendapat  kelulusan  Ketua  Setiausaha  Perbendaharaan  atau  Pihak  Berkuasa
                          Kewangan Negeri, mengikut mana yang berkenaan.

                       (iii) Setelah  kelulusan  diperolehi,  permohonan  pendahuluan  diri  hendaklah  dilakukan
                          daripada  Akaun  Kumpulan  Wang  Pendahuluan  Diri  (Pegawai  Awam)  atas  nama
                          pegawai  berkenaan  bagi  melaraskan  akaun  gaji.  Ansuran  bulanan  hendaklah
                          dikreditkan  kepada  Akaun  Kumpulan  Wang  Pendahuluan  Diri  pegawai  berkenaan
                          selaras dengan SPANM Tatacara Pengurusan Bayaran berkuat kuasa.

                       (iv) Proses  bayaran  balik  pendahuluan  diri  melalui  Sistem  Emolumen  Berkomputer
                          dilaksanakan  diperingkat  Bahagian  Akaun,  Kementerian.  Rujuk  MPK  Loans
                          Management System (LMS) – Employee’s Loan And Advance (LMS-ELA). Bahagian/
                          Unit Kewangan hendaklah menyemak dan memastikan potongan gaji pegawai awam
                          berjaya dilaksanakan.

               20.30 Mendapatkan Balik Bayaran Terlebih Emolumen Dengan Bayaran Penuh
                       (i)  Bayaran Balik Emolumen Terlebih Bayar Dengan Bayaran Penuh boleh dikutip melalui
                          saluran terimaan kaunter atau potongan gaji pada amaun penuh.

                       (ii)  Jika melalui potongan gaji pada amaun penuh, Bahagian/ Unit Kewangan hendaklah
                           menyediakan  Borang  Perubahan  Gaji  (Kew.320  Pin.1/2019)  dan  mengemaskini
                           dalam Sistem Emolumen Berkomputer berserta dokumen sokongan lengkap.

               20.31  Sekiranya terdapat arahan tahan gaji yang dimohon oleh PTJ di bank, penahanan gaji
                      hanya  dibuat  bagi  gaji  bersih  pegawai.  PTJ/PC  adalah  bertanggungjawab  membuat
                      kutipan potongan yang telah dibuat kepada agensi potongan gaji daripada pegawai awam




                                                                                                          106
   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112