Page 113 - index
P. 113

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                       22.2.3 Bagi memastikan keberkesanan maklumat yang dihasilkan oleh SMARt dalam
                              proses  pembuatan  keputusan,  Laporan  SMARt  setiap  Kementerian  akan
                              dibentangkan  dalam  Mesyuarat  Jawatankuasa  Pengurusan  Kewangan  dan
                              Akaun  (JPKA)  setiap  suku  tahun.  Laporan  berkenaan  dianalisis  oleh  JANM
                              secara  menyeluruh  untuk  dibentangkan  kepada  Jawatankuasa  Pengurusan
                              Prestasi  Pusat  (CPMC)  dalam  proses  belanjawan.  Laporan  ini  juga  akan
                              dibentangkan  di  dalam  Mesyuarat  Ketua  Setiausaha  &  Ketua  Perkhidmatan
                              (KSUKP) mengikut keperluan. Ringkasan aliran pelaporan ini adalah seperti di
                              Rajah 5.

























                                                  Rajah 5 : Struktur Aliran Pelaporan SMARt

                 22.3 TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PENGAWAL

                       22.3.1 Menurut Arahan Perbendaharaan 300E, Pegawai Pengawal bertanggungjawab
                              terhadap pengurusan, penyelenggaraan dan penggunaan maklumat kewangan
                              dan bukan kewangan di bawah jagaannya. Perakaunan pengurusan hendaklah
                              diuruskan dengan teratur iaitu dengan memastikan pelaksanaan perkara yang
                              berikut:

                             22.3.1.1  penyediaan  laporan  perakaunan  pengurusan  yang  lengkap  selaras
                                        dengan Pekeliling Perbendaharaan dan peraturan yang berkuatkuasa;
                                        dan
                             22.3.1.2  menandatangani dan mengemukakan laporan perakaunan pengurusan
                                        yang lengkap kepada Jabatan Akauntan Negara dalam tempoh yang
                                        ditetapkan.

                       22.3.2 Pekeliling Perbendaharaan PS 1.3 juga menetapkan bahawa Pegawai Pengawal
                              adalah bertanggungjawab untuk memastikan tindakan-tindakan berikut diambil
                              dengan sewajarnya:




                                                                                                          112
   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118