Page 114 - index
P. 114
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
22.3.2.1 Menetapkan pelaksanaan SMARt sebagai Key Performance Indicator
(KPI) Kementerian.
22.3.2.2 Membangunkan modal insan yang berterusan bagi pegawai yang
terlibat dengan Perakaunan Pengurusan dan Perakaunan Kewangan.
22.3.3 Mematuhi empat (4) prinsip SMARt dalam penyediaan maklumat Penyata
Kewangan Kementerian, Key Performance Indicator (KPI), Kerangka
Keberhasilan Kementerian dan Kerangka Keberhasilan Nasional yang telah
dibangunkan di bawah OBB serta perkara lain yang berkaitan dengan
pelaksanaan Perakaunan Pengurusan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
22.3.4 Memantau dan membentangkan status pelaksanaan SMARt dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Pelaksanaan Perakaunan Akruan Kementerian.
22.3.5 Menyediakan Laporan SMARt yang menyeluruh dan disatukan, berdasarkan
format yang ditetapkan oleh JANM serta dibentangkan dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) atau dalam mesyuarat
lain yang ditentukan oleh JANM. Kementerian juga hendaklah memastikan
laporan ini dikemukakan kepada JANM dalam tempoh yang ditetapkan.
22.3.6 Melaksanakan pemantauan tahap kecekapan dan keberkesanan Program/
Aktiviti Kementerian yang meliputi aspek pencapaian prestasi perkhidmatan,
prestasi kewangan dan fizikal projek di bawah kitaran strategik OBB berdasarkan
maklumat yang dinyatakan dalam Laporan SMARt.
22.3.7 Memastikan komitmen dan penglibatan semua pihak dalam memberi input yang
relevan berkaitan fungsi utama Kementerian bagi penghasilan output yang
memberi impak kepada Pemegang Taruh Kementerian.
22. 4 TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PERAKAUNAN
22.4.1 Menurut Arahan Perbendaharaan 300F, Pegawai Perakaunan
bertanggungjawab terhadap perkara berikut:
2.4.1.1 menganalisis dan menyediakan laporan perakaunan pengurusan;
2.4.1.2 menggabungkan data kewangan dan bukan kewangan untuk
ditafsirkan dan diterjemah kepada naratif yang bermakna; dan
2.4.1.3 memberi khidmat nasihat maklumat kewangan dan bukan kewangan
yang memberi kesan kepada kedudukan kewangan dan prestasi
perkhidmatan Kementerian/Jabatan secara menyeluruh.
22.5 PELAKSANAAN PENGEKOSAN DI PTJ
22.5.1 Dalam memastikan pengurusan kewangan yang lebih cekap, telus, berhemah
dan berakauntabiliti, Kementerian telah melaksanakan Bajet Berasaskan
Outcome (Outcome Based Budgeting - OBB) selaras dengan peraturan yang
113

