Page 117 - index
P. 117
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
22.5.7.5 Mengunci masuk pencapaian sebenar KPI/PI (Performance
Indicator) berdasarkan tempoh yang ditetapkan (Peranan Ketua
Program/Aktiviti).
22.5.7.6 Membuat analisis ke atas Laporan Pengekosan secara menyeluruh
dan mengenal pasti isu-isu matan yang memerlukan
penambahbaikan oleh Pengurusan Atasan Kementerian.
22.5.6 Tanggungjawab PTJ bagi pelaksanaan Pengekosan adalah seperti berikut:
22.5.7 Menyediakan kamus pengekosan sebagai rujukan dalam melaksanakan proses
pengekosan. PTJ boleh merujuk kepada Bahagian Akaun Kementerian bagi
memastikan maklumat yang terdapat dalam kamus pengekosan tersebut adalah
selaras dengan keperluan sistem.
22.5.8 Mengunci masuk maklumat pengekosan ke dalam sistem berdasarkan kamus
pengekosan yang telah disediakan.
22.5.9 Mengunci masuk pencapaian sebenar output dan membuat larian setiap bulan.
22.5.10 Menjana dan menyemak Laporan Pengekosan Output dan Laporan
Perbandingan Pengekosan Output untuk mengenal pasti kos yang munasabah,
punca perubahan trend kos yang signifikan dan perbezaan pencapaian output
PTJ.
22.5.11 Menyedia dan mengesahkan analisis/ulasan/laporan ringkas yang mengandungi
justifikasi terhadap punca perubahan yang matan dan cadangan
penambahbaikan yang bersesuaian. Ulasan/laporan ini dapat membantu
Bahagian Akaun dalam mengenal pasti isu-isu matan yang perlu diberi perhatian.
22.5.12 Mengemukakan Laporan Pengekosan Output secara bulanan, Laporan
Perbandingan Pengekosan Output secara sukuan dan analisis/ulasan/laporan
PTJ kepada Bahagian Akaun Kementerian.
22.5.13 Menyimpan dengan teratur dokumen Pencapaian Output bulanan.
22.5.14 Dalam melaksanakan pengekosan secara menyeluruh, Kementerian dan PTJ
hendaklah melakukan lima (5) langkah seperti yang dinyatakan di Rajah 6.
116

