Page 116 - index
P. 116

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                              mengumpul,  memproses  dan  menjana  data  pengekosan  bagi  tujuan  analisis.
                              Antara sistem berkomputer sedia ada yang boleh digunakan adalah MyCOST. Ia
                              terdiri daripada tiga (3) sub-modul utama iaitu:

                            i.  PTJ Based Costing (PBC)

                                PBC digunakan oleh PTJ dan Kumpulan PTJ (KPTJ) yang merangkumi proses
                                mengenal pasti, mengukur, mentafsir dan menyampaikan jumlah kos setiap
                                output  yang  dihasilkan  oleh  Program/Aktiviti  di  peringkat  PTJ/KPTJ.  Ia
                                menjelaskan hubungan di antara input dan output untuk mengukur kecekapan
                                operasi dan kecekapan kos bagi memantapkan proses pembuatan keputusan
                                di PTJ/KPTJ
                            ii.  Outcome Based Costing (OBC)

                                OBC digunakan oleh Kementerian dan merangkumi proses mengenal pasti,
                                mengukur,  menganalisis,  mentafsir  dan  menyampaikan  maklumat  yang
                                komprehensif  bagi  keberhasilan  yang  dihasilkan  oleh  Program/Aktiviti  di
                                peringkat  Kementerian  dan  sumbangannya  ke  peringkat  Nasional.  Ia
                                menjelaskan  hubungan  antara  output  dan  keberhasilan  bagi  mengukur
                                keberkesanan polisi, operasi dan kos.

                           iii.  Micro Costing (MC)

                                MC digunakan oleh PTJ/KPTJ bagi mengira kos sesuatu output selain output
                                yang dikoskan di PBC. Ia melibatkan pengumpulan data secara terperinci ke
                                atas input yang digunakan oleh PTJ/KPTJ. Pengekosan ini akan disediakan
                                secara ad hoc mengikut keperluan pihak berkepentingan. Namun, penjanaan
                                maklumatnya  bergantung  kepada  kewujudan  data  yang  diperolehi  daripada
                                iGFMAS dan sistem berkomputer lain yang berintegrasi dengan MyCOST.

                      22.5.7 Tanggungjawab  Kementerian  bagi  pelaksanaan  Pengekosan  adalah  seperti
                              berikut:

                               22.5.7.1     Menetapkan output dan kumpulannya di peringkat PTJ berdasarkan
                                            senarai  kumpulan  output  yang  telah  dimuktamadkan  secara
                                            bersama  di  antara  Kementerian  dan  PTJ  serta  memastikan
                                            keseragaman  penetapan  output  tersebut  bagi  membolehkan
                                            Kementerian      memantau,      mengawal      dan    membandingkan
                                            pencapaian setiap output.
                               22.5.7.2     Menetapkan unit ukuran output yang bersesuaian.
                               22.5.7.3     Memastikan  PTJ  menyediakan  Kamus  Pengekosan  bagi
                                            melaksanakan proses pengekosan.
                               22.5.7.4     Menyelaras dan memantau penyediaan Kamus Pengekosan bagi
                                            output setiap PTJ.






                                                                                                          115
   111   112   113   114   115   116   117   118   119   120   121