Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
Perjanjian Perpindahan  Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKR WPKL) dan Unit Perunding Inspektorat Kejuruteraan Elektrik, Cawangan Kejuruteraan Elektrik (UPIKE CKE)

KUALA LUMPUR, 3 MEI 2018:  Kementerian Kerja Raya, Lebuhraya DUKE Fasa 3 Sdn. Bhd. dan MRT Corporation telah menandatangani perjanjian perpindahan  Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKR WPKL) dan Unit Perunding Inspektorat Kejuruteraan Elektrik, Cawangan Kejuruteraan Elektrik (UPIKE CKE) dalam satu majlis yang berlangsung di Bilik Seroja, Kementerian Kerja Raya. 

Program Kesedaran Dan Pelancaran Pelaksanaan "Building Information Modelling" (BIM) Untuk Projek Penswastaan Lebuh Raya

KUALA LUMPUR, 4 MEI 2018: Program kesedaran dan pelancaran pelaksanaan Pemodelan Maklumat Bangunan (Building Information Modelling, BIM) untuk projek penswastaan lebuh raya telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Ybhg. Dato' Seri Zohari Akob di Dewan Serbaguna Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Pembukaan Jajaran Central Spine Road (CSR) Lipis – Merapoh

LIPIS, 25 April 2018: Majlis Perasmian Pembukaan Central Spine Road (CSR) Seksyen 3E2: Merapoh ke Kampung Kubang Rusa, Lipis telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak di tapak perasmian projek di Lipis, Pahang.

Majlis Perasmian 8th Balloting Session Klang Valley MRT Project Sungai Buloh - Serdang - Putrajaya

KUALA LUMPUR, 3 APRIL 2018: Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp.) menganugerahkan 33 subkontrak yang bernilai RM 15.52 Juta kepada kontraktor bumiputera untuk pembinaan projek MRT laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) pada Sesi Kelapan Projek Transit Aliran Massa Lembah Klang (Klang Valley Mass Rapid Transit, KVMRT) di Bilik Tanjung, Kementerian Kerja Raya Raya. 

Majlis anjuran Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU) Kementerian Kerja Raya telah dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya YB Dato' Seri Haji Fadillah Bin Haji Yusof.

Penyerahan Surat Setuju Terima Dan Permulaan Kerja National Centre for Food Safety (NCFS).

SEPANG, 5 APRIL 2018: Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Permulaan Kerja Pusat Kebangsaan untuk Keselamatan Makanan (National Centre for Food Safety, NCFS) telah dirasmikan bersama oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato' Seri Haji Fadillah Bin Haji Yusof dan Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam di tapak projek NCFS di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang. 

Lawatan Mengejut YB Menteri Kerja Raya di Tapak Pembinaan Overhead Motorcycle Bridge di Lebuhraya Persekutuan

KUALA LUMPUR, 24 APRIL 2018: Menteri Kerja Raya YB Dato' Seri Haji Fadillah Bin Haji Yusof telah mengetuai satu lawatan dan pemeriksaan mengejut untuk melihat kerja-kerja pembinaan jejambat motorsikal 'overhead motorcycle bridge' dan menaiktaraf sistem perparitan di Lebuhraya Persekutuan FT2. 

Perasmian Jalan Empat Lorong dari Matang ke Stapok, Sarawak

KUCHING, 19 APRIL 2018: Projek Jalan Empat Lorong dari Matang ke Stapok serta Pembinaan Jambatan Baharu merentasi Sungai Sarawak adalah satu inisiatif Kerajaan dalam menyediakan jalan alternatif bagi menyuraikan trafik yang menggunakan Jalan Satok dan Jalan Kulas dan juga Jambatan Satok yang merentasi Sungai Sarawak.

Permulaan Kerja Projek Pembinaan Bangunan Tambahan Hospital Tanah Merah, Kelantan

TANAH MERAH, KELANTAN, 23 APRIL 2018: Pembangunan infrastruktur yang signifikan kepada Rakyat Negeri Kelantan diteruskan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Pembinaan Bangunan Tambahan Hospital Tanah Merah yang mampu memberi faedah kepada 387,881 penduduk sekitar Tanah Merah, Machang, Pasir Mas dan Jeli.

Majlis permulaan kerja projek ini disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Menteri Kerja Raya bertempat di tapak projek Lot PT 9200, Mukim Maka, Jajahan Tanah Merah, Kelantan.

Subscribe to