Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
Majlis Suai Kenal Penaung Baharu PUSPANITA KKR

KUALA LUMPUR, 13 OGOS 2018: Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Kementerian Kerja Raya telah menerima Penaung dan Timbalan Penaung yang baharu iaitu YBhg. Puan Yu Chiing Sieu dan YBhg. Puan Hjh. Azizah Che Mat dalam satu majlis suai kenal Penaung dan Timbalan Penaung bersama Ahli Jawatankuasa PUSPANITA KKR. 

Turut Hadir Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Sri Zohari Haji Akob serta Timbalan Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Datuk Haji Sarani Dollah.

Lawatan Kerja YB Timbalan Menteri Kerja Raya ke Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Perlis

KANGAR, 3 OGOS 2018: Timbalan Menteri Kerja Raya YB Tuan Haji Mohd Anuar Bin Mohd Tahir  telah melakukan lawatan kerja ke Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Perlis di Kangar dan disambut oleh Pengarah Kerja Raya Negeri Perlis Ir. Rahmat Bin Hj. Abd. Rahman serta pengurusan atasan negeri dan persekutuan. 

Kunjungan Hormat Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Ke Kementerian Kerja Raya

KUALA LUMPUR, 1 OGOS 2018: Kementerian Kerja Raya telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Ybhg.Dato' Seri Haji Mohammad Bin Mentek dan telah disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Dato’ Sri Zohari Bin Haji Akob.

Kunjungan ini diteruskan dengan acara menandatangani buku pelawat sebelum diteruskan dengan sesi perbincangan antara Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan di Bilik Mesyuarat Seroja, Kompleks Kerja Raya.

Lawatan Kerja YB Menteri Kerja Raya Ke Tapak Cadangan Menaik Taraf Jalan Kebun, Shah Alam

SHAH ALAM, 1 OGOS 2018: Satu lawatan kerja ke tapak cadangan menaik taraf jalan di Jalan Kebun telah dilakukan oleh Menteri Kerja Raya YB Tuan Baru Bian di Shah Alam Selangor. 

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau proses menaik taraf jalan disamping mengambil perhatian mengenai sebarang permasalahan berkaitan pembangunan infrstruktur setempat. 

Lawatan Kerja YB Menteri Kerja Raya Ke Hospital Lawas

LAWAS, 27 JULAI 2018: Menteri Kerja Raya YB Tuan Baru Bian telah melakukan lawatan kerja ke Hospital Lawas di Lawas, Sawarak dan disambut oleh Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak Dr. Jamilah Hashim dan pengurusan Hospital.  Lawatan YB Menteri Kerja Raya ini meliputi lawatan tapak ke Hospital Lawas bagi meninjau keadaan dan tapak projek pembangunan baru bagi hospital tersebut

YB Menteri Kerja Raya telah dibawa ke sesi taklimat ringkas mengenai projek ini sebelum dibawa melawat tapak projek.

Lawatan Kerja YB Timbalan Menteri Kerja Raya Ke JKR Temerloh

TEMERLOH, 20 JULAI 2018: Timbalan Menteri Kerja Raya YB Tuan Haji Mohd Anuar bin Mohd Tahir telah melakukan lawatan kerja ke Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Temerloh di Temerloh, Pahang. 
Ketibaan Timbalan Menteri telah disambut oleh Jurutera Daerah JKR Temerloh Encik Rosli Bin Osman dan pengurusan atasan JKR negeri dan daerah.

Lawatan Kerja YB Timbalan Menteri Kerja Raya Ke JKR Terengganu

KUALA TERENGGANU, 19 JULAI 2018: Timbalan Menteri Kerja Raya YB Tuan Haji Mohd Anuar bin Mohd Tahir telah melakukan lawatan rasmi ke Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Terengganu, di Kuala Terengganu dan disambut oleh Pengarah Kerja Raya Negeri Terengganu Ir. Haji Che Kamaruddin bin Bahar dan pengurusan atasan JKR Terengganu.

Subscribe to