Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
Lawatan Kerja Menteri Kerja Raya ke Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)

KUALA LUMPUR, 5 JULAI 2018: Satu lawatan kerja ke  Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Construction Industry Development Board, CIDB) telah dilakukan oleh Menteri Kerja Raya YB Tuan Baru Bian di Menara Sunway Putra, Kuala Lumpur. 

Lawatan tapak projek Membina Jalan Baru Lencongan Timur Dari Persimpangan Alor Mengkudu (K138) Ke Persimpangan Jalan Tun Razak (K8/K368), Alor Setar, Kedah (Fasa 2A).

ALOR SETAR, 7 Julai 2018: Menteri Kerja Raya, YB Tuan Baru Bian telah mengadakan lawatan ke tapak projek Membina Jalan Baru Lencongan Timur Dari Persimpangan Alor Mengkudu (K138) Ke Persimpangan Jalan Tun Razak (K8/K368), Alor Setar, Kedah (Fasa 2A).

YB Menteri telah diberi taklimat berkenaan projek oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Kedah, Tuan Ir. Hj. Wan Mohamad Hilmi bin Wan Mahmud dan kemudiannya dibawa melihat sekitar tapak projek pembinaan. 

Majlis Perasmian Persidangan Pegawai Kanan (SOC) JKR Malaysia 2018

ALOR SETAR, 7 JULAI 2018: Kementerian Kerja Raya telah mengadakan Persidangan Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Kerja Raya dan Agensi pada 6 hingga 9 Julai 2018 bertempat di Hotel TH, Alor Setar. 

Majlis Sambutan Ketibaan Menteri & Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia

KUALA LUMPUR, 3 JULAI 2018: Menteri Kerja Raya, YB Tuan Baru Bian dan Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Tuan Haji Mohd Anuar Mohd Tahir memulakan tugas secara rasmi di Kementerian Kerja Raya Kuala Lumpur dan ketibaan mereka pada jam 9 pagi disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian, Dato’ Sri Zohari Bin Haji Akob dan pegawai- pegawai kanan Kementerian dan agensi.

YB Menteri dan YB Timbalan Menteri dibawa ke pejabat masing- masing sebelum ke Bilik Tanjung, Kompleks Kerja Raya untuk sesi taklimat bersama pihak pengurusan atasan kementerian dan agensi.

Istiadat Pelantikan Menteri dan Timbalan Menteri Kerja Raya 2018

KUALA LUMPUR, 2 JULAI 2018: YB Tuan Baru Bian telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Kerja Raya yang baharu bagi menggantikan Dato’ Sri Fadillah Bin Haji Yusof yang telah berkhidmat dari tahun 2013 hingga 2018 dalam satu Majlis Istiadat Angkat Sumpah Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan di hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammand V di Istana Negara Kuala Lumpur.

Program Nilai- Nilai Murni Bersama Pengurusan Atasan Kementerian Kerja Raya Sempena Ramadan Al-Mubarak 2018

KUALA LUMPUR, 5 JUN 2018: Program Nilai- Nilai Murni Bersama Pengurusan Atasan Kementerian Kerja Raya telah berlangsung sempena dengan sambutan Bulan Ramadan di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kementerian Kerja Raya. 

Agenda majlis dimulakan dengan tazkirah bertajuk zakat dan fidyah yang disampaikan oleh Ustaz Mohammad Haziq bin Mohd Sis sebelum diteruskan dengan majlis berbuka puasa. Turut berlangsung sesi Solat Maghrib dan Isyak berjemaah dan diteruskan dengan solat tarawih sebelum diakhiri dengan sesi jamuan moreh. 

Majlis Pembukaan Pusat Konvensyen CIDB Sarawak

KUCHING, 27 APRIL 2018: Menteri Kerja Raya YB Dato' Seri Haji Fadillah Bin Haji Yusof telah merasmikan pembukaan Pusat Konvensyen Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (Construction Industry Development Board, CIDB) Sarawak di Kompleks CIDB Kuching.

Pembinaan Fasa satu Kompleks CIDB yang telah siap meliputi Pusat Konvensyen, bangunan asrama, kemudahan riadah dan sukan manakala kemudahan asrama yang lebih besar dan bengkel-bengkel latihan masih dalam perancangan pihak CIDB. 

Projek Menaiktaraf Laluan FT069 dari Jalan Simpang Empat Hutan Melintang Ke Parit 19 Bagan Datuk Perak

BAGAN DATUK, 26 APRIL 2018: Majlis Pecah Tanah Projek Menaiktaraf Laluan FT069 dari Jalan Simpang Empat Hutan Melintang Ke Parit 19 Bagan Datuk telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Dr. Diraja Ahmad Zahid Hamidi di Bangunan UMNO Hutan Melintang, Bagan Datuk, Perak.

Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Sukan Antara Bahagian Kementerian Kerja Raya 2018

KUALA LUMPUR, 15 MEI 2018: Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya YBhg. Dato' Sri Zohari Bin Haji Akob telah merasmikan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Sukan Antara Bahagian Kementerian Kerja Raya 2018 anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Kementerian Kerja Raya (KSKKKR)  dalam satu majlis yang berlangsung di Bilik Tanjung, Kementerian Kerja Raya.

Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara Bersama Warga Kementerian Kerja Raya

KUALA LUMPUR, 7 MEI 2018: Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa telah telah menyampaikan amanat beliau pada Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara bersama Warga Kementerian Kerja Raya di Dewan Tan Sri Mahfuz Khalid, Kementerian Kerja Raya.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan kata aluan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya YBhg. Dato Sri Zohari Akob yang berkisar kepada peranan penjawat awam dalam melaksanakan dasar kerajaan serta insentif kerajaan dalam membela nasib penjawat awam.

Subscribe to