Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Parlimen Ke-14

KUALA LUMPUR, 17 JULAI 2018: Menteri Kerja Raya YB Tuan Baru Bian dan Timbalan Menteri Kerja Raya YB Tuan Haji Mohd Anuar Bin Mohd Tahir merupakan antara Ahli Dewan Rakyat yang telah menghadiri Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Parlimen Malaysia kali ke-14 oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V yang telah berlangsung di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.

Majlis Angkat Sumpah YB Menteri Kerja Raya dan YB Timbalan Menteri Kerja Raya Sebagai Ahli Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 16 JULAI 2018: Menteri Kerja Raya YB Tuan Baru Bian dan Timbalan Menteri Kerja Raya YB Tuan Haji Mohd Anuar bin Mohd Tahir telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat dalam satu Majlis Angkat Sumpah Ahli Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.

Majlis angkat sumpah ini merupakan simbolik permulaan kepada berlangsungnya Persidangan Penggal Pertama Parlimen ke-14 selepas Pilihanraya Umum ke- 14 yang berlangsung pada Mei 2018.

Lawatan Rasmi YB Menteri Kerja Raya Ke Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)

SERDANG, 13 JULAI 2018: YB Menteri Kerja Raya Tuan Baru Bian telah mengadakan lawatan rasmi ke Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di Serdang, Selangor. 

Lawatan ini merupakan kesinambungan daripada siri lawatan YB Menteri Kerja Raya ke agensi- agensi dibawah kementeriannya.

Ketibaan YB Menteri telah disambut oleh Timbalan Ketua Pengarah (Bisnes) Dato Sr. Aziz bin Abdullah dan pengurusan atasan Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Perjumpaan YB Menteri Bersama Warga Kerja Raya & Agensi.

KUALA LUMPUR, 12 JULAI 2018: Menteri Kerja Raya, YB Tuan Baru Bian telah mengadakan sesi  perjumpaan merangkap jamuan hari raya bersama Warga Kementerian Kerja Raya dan agensi tahun 2018 bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya Kuala Lumpur. 

Pada majlis ini, hadirin berpeluang untuk bertemu dan beramah mesra dengan lebih rapat bersama-sama Menteri dan Timbalan Menteri Kerja Raya.

Lawatan Rasmi YB Menteri Kerja Raya ke Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR)

KUALA LUMPUR, 12 JULAI 2018: Satu lawatan kerja ke Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) telah dilakukan oleh Menteri Kerja Raya YB Tuan Baru Bian di Menara Kerja Raya, Kuala Lumpur.
Ketibaan YB Menteri disambut oleh Ketua Pengarah Kerja Raya Dato' Seri Ir. Roslan Md Taha dan pegawai- pegawai kanan JKR. YB Menteri telah dibawa untuk menandatangani buku pelawat sebelum dibawa bersarapan. 

Lawatan YB Menteri Kerja Raya ke Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak

KUCHING, 9 JULAI 2018: Menteri Kerja Raya, YB Tuan Baru Bian telah membuat lawatan rasmi ke Jabatan Kerja Raya Negeri Sarawak di Wisma Saberkas, Kuching. 

Lawatan ini merupakan lawatan rasmi pertama YB Menteri Kerja Raya di Sarawak sejak dilantik menjawat jawatan Menteri Kerja Raya. 

Kunjungan Hormat Ketua Menteri Sarawak oleh YB Menteri Kerja Raya

KUCHING, 9 JULAI 2018: Ketua Menteri Sarawak YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg telah menerima kunjungan Menteri Kerja Raya, YB Tuan Baru Bian di Dewan Undangan Negeri Sarawak di Petra Jaya, Kuching. 

Lawatan ini dilakukan sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-18 dimana YB Tuan Baru Bian juga merupakan ADUN bagi kawasan Ba'kelalan. 

Majlis Pembukaan Jalan Negeri Projek P-10 Flyover Daripada Batu Maung Ke Jalan Sultan Azlan Shah, Pulau Pinang.

BATU MAUNG, 6 JULAI 2018:  Majlis Perasmian Pembukaan Jalan Projek P-10 Flyover Daripada Batu Maung Ke Jalan Sultan Azlan Shah, Pulau Pinang telah disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya YB Tuan Baru Bian di Batu Maung, Pulau Pinang. 

Subscribe to