MELAKA, 13 SEPTEMBER 2018: Timbalan Menteri Kerja Raya YB Tuan Haji Mohd Anuar bin Mohd Tahir telah melakukan sesi lawatan kerja rasmi ke Melaka pada 13 September 2018. Lawatan Timbalan Menteri dimulakan dengan sesi kunjungan hormat YB Timbalan Menteri kepada Ketua Menteri Melaka YAB Tuan Adly Bin Zahari di Pejabat Ketua Menteri di Ayer Keroh, Melaka.