KUALA LUMPUR, 12 JULAI 2018: Menteri Kerja Raya, YB Tuan Baru Bian telah mengadakan sesi perjumpaan merangkap jamuan hari raya bersama Warga Kementerian Kerja Raya dan agensi tahun 2018 bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya Kuala Lumpur.
Pada majlis ini, hadirin berpeluang untuk bertemu dan beramah mesra dengan lebih rapat bersama-sama Menteri dan Timbalan Menteri Kerja Raya.