KOTA SAMARAHAN, 2 MAC 2018: Menteri Kerja Raya YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof telah hadir untuk merasmikan Program Latihan Praktikal dan Khidmat Masyarakat: Kerja- Kerja Membaikpulih Perhentian Bas di Desa Ilmu Kota Samarahan, Sarawak.
Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU) Kementerian Kerja Raya (KKR) telah menganjurkan program ini dan telah mendapat kerjasama yang baik daripada pelbagai pihak gabungan kontraktor Bumiputera (gred G1-G7).