Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
Kempen Advokasi Keselamatan Lebuh Raya Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2018

KUALA LUMPUR, 6 Februari 2018: Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) dengan sokongan pihak Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), menganjurkan Kempen Advokasi Keselamatan Lebuhraya menjelang perayaan Tahun Baru Cina di Hentian Sebelah Ayer Hitam (arah Selatan), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) yang dilancarkan oleh wakil Menteri Kerja Raya iaitu YBhg Datuk Haji Sarani Dollah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Kerja Raya.

Pembukaan Laluan Mersing – Kuantan FT003

MERSING, 5 Februari 2018: Jalan Persekutuan FT003 Johor Bahru – Kuantan di Mersing yang terputus akibat tanah runtuh pada 15 Januari 2018 yang lalu berjaya dibuka semula kepada kenderaan umum hasil tindakan pantas dan kerjasama erat antara Cawangan Kejuruteraan Cerun, Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia, Kementerian Kerja Raya (KKR), JKR Johor dan JKR Daerah Mersing.

WELL4LIFE: “Aspire For A Better Health” Kementerian Kerja Raya 2018

KUALA LUMPUR, 6 Februari 2018: Kementerian Kerja Raya telah menganjurkan Program Well4Life: ‘Aspire For A Better Health’. Program ini merupakan salah satu program bagi menggalakkan warga Kerja Raya mengamalkan cara hidup sihat. Program telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Haji Sarani bin Dollah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan).

Mesyuarat Agung PUSPANITA KKR Ke 36 dan Majlis Hi-Tea PUSPANITA KKR 2018

KUALA LUMPUR, 26 Januari 2018: Mesyuarat agung Puspanita cawangan Kementerian Kerja Raya kali ke-36 telah berlangsung Bilik Tanjung, Tingkat 6, Blok A, Kompleks Kerja Raya. Mesyuarat bagi kali ini telah dipengerusikan oleh Datin Sri Norita binti Ibrahim merangkap pengerusi Puspanita KKR.

Majlis Menghargai Jasa Bakti Sr.Ratna Binti Haji Mahyuddin dan Dato' Ir.Hamizan Bin Mohd Inzan

KUALA LUMPUR, 24 Januari 2018: Majlis menghargai jasa bakti YBhg. Sr Ratna binti Haji Mahyuddin, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) dan YBhg. Dato’ Ir. Hj. Hamizan bin Mohd Inzan, Pengarah Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan telah diadakan di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid dan dihadiri oleh tetamu kehormat iaitu YB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Menteri Kerja Raya, diiringi oleh YBhg. Dato' Sri Zohari Haji Akob, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Datuk Ir.

Perhimpunan Bulanan Januari 2018

KUALA LUMPUR, 25 Januari 2018: 2018 dibuka tirai dengan amanat dari Menteri Kerja Raya YB. Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof pada perhimpunan bulan bagi bulan Januari. Majlis telah berlangsung di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid yang dihadiri oleh semua warga Kerja Raya.

Subscribe to