Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
Anugerah Media Pembinaan CIDB 2017 Sabah

KOTA KINABALU, 10 November 2017: Wartawan Daily Express mengungguli Anugerah Media Pembinaan CIDB 2017 (AMP) bagi negeri Sabah apabila kategori Anugerah Media Cetak dibolot oleh ketiga-tiga wartawan penerbitan berkenaan.

Majlis Persaraan KKR 2017

KUALA LUMPUR, 9 November 2017: Kementerian Kerja Raya telah meraikan pesara-pesara samada besara wajib mahupun bersara pilihan dalam satu majlis yang telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Zohari Akob, Ketua Setiausaha KKR.

Majlis diadakan bagi menghargai jasa mereka yang telah berkhidmat di KKR. YB Dato’ Zohari Akob juga telah memberi ucapan dan berterima kasih diatas perkhidmatan yang telah disumbangkan oleh pesara-pesara.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian cenderahati dan sijil penghargaan kepada para pesara dan diakhiri dengan sesi fotografi.

Program Lawatan Tapak Ke Pakej WPC 05 (Papar-Donggongon)

KOTA KINABALU, 11 November 2017: Pakej Work Package Contract (WPC) 05, Papar-Donggongon sepanjang 11.7 kilometer merupakan sebahagian daripada pakej Early Commencement Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah (PBHS) yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada Mei 2016. Projek ini dilaksanakan melalui model Rakan Pelaksana Projek (Project Delivery Partner - PDP) berdasarkan perjanjian yang telah dipersetujui oleh tiga pihak iaitu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Sabah dan pihak PDP. Syarikat Borneo Highway PDP Sdn. Bhd.

Projek Lebuh Raya Pan Borneo : Penduduk Sabah Digesa Ambil Peluang Tingkat Sosio-Ekonomi

SABAH, 12 November 2017: Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Musa bin Haji Aman menggesa agar penduduk Sabah mengambil peluang terhadap pembangunan berimpak tinggi seperti projek Lebuhraya Pan Borneo bagi meningkatkan sosio-ekonomi masing-masing. Katanya, proses pembinaan infrastruktur berskala besar ini sudah pasti akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah samada pekerja mahir, kontraktor, mahupun pembekal-pembekal bahan pembinaan di seluruh negeri Sabah.

Pembinaan Jambatan Bagan Datuk, Perak Darul Ridzuan

BAGAN DATUK, 28 Oktober 2017: Penduduk sekitar Daerah Bagan Datuk dan Daerah Perak Tengah seramai 70,300 orang bakal mendapat manfaat secara langsung apabila sebuah jambatan dibina bagi menghubungkan kedua-dua daerah tersebut merentasi Sungai Perak hasil peruntukan Kerajaan Pusat dibawah Rolling Plan 1 (RP 1), Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11). Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia YAB Dato' Sri Ahmad Zahid bin Hamidi.

Hari QLASSIC 2017 CIDB

KUALA LUMPUR, 21 Ogos 2017 : Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) telah meraikan pencapaian 43 pemaju dan kontraktor yang mendapat skor lebih daripada 80% berdasarkan kepada Quality Assessment System in Construction (QLASSIC). Anugerah telah disampaikan semasa QLASSIC Day yang mana merupakan satu acara tahunan untuk mempromosikan penggunaan sistem penilaian kualiti.

Perhimpunan Bulanan dan Perasmian Kod Etika Kementerian Kerja Raya

KUALA LUMPUR, 26 September 2017: Perhimpunan Bulanan dan Perasmian Kod Etika Kementerian Kerja Raya telah berlangsung di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid. Perhimpunan dihadiri oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato' Seri Fadillah Yusof dan Timbalan Menteri Kerja Raya YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, pihak pengurusan tertinggi serta warga kerja Kementerian Kerja Raya.

Program Kembara Bahasa Kementerian Kerja Raya 2017

KUALA LUMPUR, 6 OKTOBER 2017: Program Kembara Bahasa Kementerian Kerja Raya 2017 berlangsung selama dua hari pada 6 hingga 7 Oktober 2017. Pada hari pertama program dimulakan dengan majlis pendaftaran dan taklimat ringkas perjalanan program.

Subscribe to