TEMERLOH, 10 Januari - YBhg. Dato’ Sri Zohari bin Akob, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengetuai misi 414 orang sukarelawan hari ini yang merupakan hari keempat Misi Pasca Banjir KKR di beberapa kawasan sekitar Temerloh, Pahang yang terjejas teruk akibat banjir. Terdapat wakil dari syarikat korporat yang turut serta dalam misi ini iaitu wakil dari syarikat konsesi Selia Senggara Sdn. Bhd., Syarikat Sapura Berhad, Kemuncak Facilities Management Sdn. Bhd., Persatuan Kontraktor Kontraktor Kelas F (PERKOF) dan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM).