KUALA LUMPUR, 22 Januari – Warga Kerja Raya dan Agensi telah berkumpul bersama-sama bertujuan mendengar Ucapan Tahun Baharu 2015 yang disampaikan oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Fadillah Yusof di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid hari ini.

ARAU, 30 Oktober - Negeri Perlis Indera Kayangan telah terpilih menjadi tuan rumah Temasya Kejohanan Sukan Kerja Raya kali ke-10 yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 29 Okt sehingga 1 Nov 2014.
Sebanyak 31 kontijen terdiri yang daripada pasukan-pasukan di bawah Kementerian Kerja Raya, Agensi-agensi dan Syarikat-syarikat Konsensi mempamerkan semangat kesukanan dan komitmen yang tinggi dengan menghantar wakil bagi setiap 15 acara yang dipertandingkan.
KUALA LUMPUR, 19 Januari – Program televisyen Landskap terbitan RTM telah menemubual Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Fadillah Haji Yusof berhubung isu Pasca Banjir hari ini bertempat di Studio 1, wisma TV, Angkasapuri.
Rancangan siaran secara langsung selama sejam ini telah disiarkan melalui saluran TV1 bermula pada jam 9.05 malam. Pelbagai topik telah dikupas serta dibincangkan khususnya berhubung usaha dan perancangan Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam memperbaiki dan menguruskan infrastruktur yang telah terjejas akibat banjir, tanah runtuh dan mendap baru-baru ini.
KUALA LUMPUR, 19 Januari - Kementerian Kerja Raya (KKR) meneruskan kecemerlangan dalam pengurusan kewangan berdasarkan indeks akauntabiliti bagi tahun 2013 apabila berjaya memperolehi Anugerah Kecemerlangan tersebut hari ini.
Penyampaian anugerah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara (KSN) dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Sri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya. Tuan Haji Sarani bin Dollah, Timbalan Ketua Setiausaha KKR telah menerima anugerah bagi pihak Kementerian.
KUALA LUMPUR, 16 Januari - Sebagai persiapan menghadapi pengenaan Goods and Services Tax (GST) yang bakal berkuatkuasa 1 April tahun ini, satu taklimat pelaksanaannya kepada pihak yang terlibat dalam Penswastaan Lebuhraya Bertol telah di atur oleh Bahagian Pembangunan dan Penswastaan (BPP), Kementerian Kerja Raya (KKR) di Dewan Tanjung, Kompleks Kerja Raya.