PARIT BUNTAR, 20 Februari 2018: Masalah banjir kilat yang kerap melanda Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panglima Bukit Gantang, di sini sejak sepuluh tahun lalu bakal diselesaikan menerusi perlaksanaan projek tebatan banjir bernilai RM2 juta di kawasan sekolah berkenaan.
Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Fadillah Yusof berkata, perlaksanaan projek sistem perparitan lebih efektif sepanjang 800 meter dijangka mampu menyelesaikan masalah banjir kerap melanda bangunan kelas dan bilik guru SMK Panglima Bukit Gantang dengan segera.