TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA PERINCIKAN STATUS PROJEK MENAIK TARAF JALAN PERINDUSTRIAN RAWANG (FT3209) DAN JALAN KUALA LUMPUR - RAWANG (FT01) DI KAMAR KHAS DEWAN RAKYAT | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA PERINCIKAN STATUS PROJEK MENAIK TARAF JALAN PERINDUSTRIAN RAWANG (FT3209) DAN JALAN KUALA LUMPUR - RAWANG (FT01) DI KAMAR KHAS DEWAN RAKYAT

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan, hari ini hadir ke Sesi Kamar Khas Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia bagi menjawab pertanyaan berkaitan status semasa projek infrastruktur jalan raya kritikal di kawasan Rawang.  

Sesi tersebut diadakan bagi menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Selayang, YB Tuan William Leong Jee Keen, mengenai perkembangan terkini Projek Menaik Taraf Jalan Perindustrian Rawang (FT3209) dan Projek Menaik Taraf Jalan Kuala Lumpur - Rawang (FT01).  

Dalam sesi berkenaan, YB Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan telah memberikan penjelasan terperinci mengenai status kemajuan fizikal, pelan garis masa, serta langkah-langkah proaktif yang sedang diambil oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memastikan kedua-dua projek utama ini berjalan lancar.

Kehadiran dan penjelasan ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Kerja Raya dalam memastikan projek jaringan jalan persekutuan disiapkan demi kesejahteraan, keselamatan, dan keselesaan penduduk serta pengguna jalan raya di daerah Gombak dan kawasan sekitar.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4