Pemasangan Jambatan Bailey Di Laluan FT2490 Jalan Masuk Ke Perwira Jaya Dan Selancar, Rompin, Pahang
ROMPIN, PAHANG, 5 MAC 2023 – Satu kejadian jalan terputus telah berlaku pada 1 Mac 2023, jam 7.15 pagi ekoran kejadian hujan lebat yang berterusan serta fenomena kepala air di laluan FT2490, Seksyen 2.80, Jalan Masuk ke Perwira Jaya dan Selancar, Rompin, Pahang di mana pembentung sediada tidak dapat menampung kapasiti air yang terlalu tinggi.