SATU INISIATIF, SATU MESEJ: KESEJAHTERAAN WARGA KERJA MENJADI KEUTAMAAN KKR | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

SATU INISIATIF, SATU MESEJ: KESEJAHTERAAN WARGA KERJA MENJADI KEUTAMAAN KKR

Submitted by wmukk on 2 November 2026

KUALA LUMPUR – Kesejahteraan warga kerja bukan sekadar tanggungjawab individu, malah merupakan keutamaan bersama dalam membentuk persekitaran kerja yang positif, harmoni dan saling menyokong.

Selaras dengan Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan Peringkat Kementerian Kerja Raya (KKR) Tahun 2026, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) KKR telah menganjurkan Program Walkabout Kesejahteraan Warga Kerja KKR Siri 1 sebagai inisiatif mendekati warga kerja melalui pendekatan yang lebih santai, mesra dan bersahaja.

Menerusi program ini, YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim, Ketua Setiausaha KKR, meluangkan masa mengunjungi setiap bahagian untuk bertanya khabar, menyampaikan amanat mengenai kepentingan menjaga kesejahteraan mental serta mengedarkan cenderahati (goodies) yang turut membawa mesej positif kepada warga kerja.

Pendekatan sebegini diharap dapat menyemai budaya kerja yang lebih prihatin, menggalakkan komunikasi terbuka serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental dan kesejahteraan emosi. 

Warga kerja yang sejahtera bukan sahaja lebih produktif dan berdaya tahan, malah menjadi asas kepada pembentukan organisasi yang tangkas, positif dan berprestasi tinggi.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6
7