Langkau ke kandungan utama
0

RM120 Juta Diluluskan Bagi Menaik Aras FT003 Jalan Kota Tinggi - Mersing Atasi Isu Kerap Dinaiki Air

Mersing, Johor, 21 Januari 2024 – Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi telah meninjau FT003 Jalan Kota Tinggi – Mersing yang seringkali terputus jalan perhubungan darat akibat banjir terutama pada musim monsun dan hujan berterusan.

Laluan FT003 ini merupakan jalan penghubung utama dari Daerah Kota Tinggi ke Daerah Mersing serta ke negeri –negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia. Hasil semakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor, terdapat kawasan yang mempunyai bahu jalan yang sempit dan bercerun di beberapa lokasi dan sistem saliran sedia ada tidak dapat menampung aliran air.

Justeru, bagi mengatasi masalah tersebut, kerajaan telah meluluskan permohonan bagi menaikkan aras jalan yang terlibat iaitu laluan FT3 (Jalan Kota Tinggi – Mersing) dengan anggaran kos sebanyak RM120 juta yang telah diluluskan pada Rolling Plan 4, Rancangan Malaysia Ke-12 (RP4, RMKe-12).

Lokasi yang telah dikenalpasti berisiko dinaiki air apabila hujan lebat ini melibatkan empat (4) lokasi di Daerah Kota Tinggi iaitu seksyen 47.00 – 49.00 (LGM), 55.00 – 56.00 (Kim Long), 59.00 – 61.00 (Yatama City) dan 71.00 72.00 (RISDA). Jalan ini merupakan jalan tunggal dua lorong, berpiawaian JKR R5 dan jumlah panjang keempat-empat lokasi ini ialah 6 kilometer.

Melalui kerja naik aras jalan ini, ia bakal meningkatkan tahap keselamatan dan kelancaran pemanduan 12 ribu trafik harian yang menggunakan laluan tersebut. Ini selaras dengan semangat dan aspirasi Kempen MyJalan, Kementerian Kerja Raya komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam mengatasi isu-isu berkaitan     penyenggaraan jalan raya pasca banjir terutamanya apabila melibatkan Jalan Persekutuan.

Tarikh Dan Waktu Acara