PERHIMPUNAN BULANAN KKR OKTOBER 2026 DAN SAMBUTAN BULAN KAUNSELING | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

PERHIMPUNAN BULANAN KKR OKTOBER 2026 DAN SAMBUTAN BULAN KAUNSELING

KUALA LUMPUR - Pagi tadi telah berlangsung Perhimpunan Bulanan KKR Oktober 2026 yang turut diserikan dengan Sambutan Bulan Kaunseling Peringkat Kementerian Kerja Raya Tahun 2026 bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, KKR.

Bertemakan “Menyantuni Jiwa, Membina Wibawa”, program ini merangkumi sesi perkongsian psikologi, penyampaian sijil audit sejahtera dan penghargaan AKRAB, serta pelancaran Sambutan Bulan Kaunseling KKR 2026.

Ketua Setiausaha KKR, YBhg. Dato’ Seri Azman Ibrahim dalam ucapan beliau menekankan kepentingan memperkasa transformasi digital melalui pelaksanaan Building Information Modelling (BIM) sebagai kaedah pengurusan maklumat yang menyeluruh, meliputi perancangan, pelaksanaan projek hingga pengurusan aset sepanjang kitar hayatnya. Transformasi ini turut memerlukan integrasi teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) dan kembar digital (Digital Twin), disokong kerangka transformasi 5P yang merangkumi dasar, manusia, proses, platform dan prestasi. Sehubungan itu, seluruh warga KKR diseru untuk bersama-sama memacu perubahan dengan mengamalkan nilai integriti, tanggungjawab, akauntabiliti dan kerjasama demi memastikan penyampaian projek yang selamat, berkualiti, berdaya tahan serta memberikan manfaat dan kesejahteraan kepada rakyat.

Turut disampaikan Anugerah Tokoh Inovasi kepada YBhg. Dato’ Seri Azman Ibrahim disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6
7
8
9