Langkau ke kandungan utama
1

Pelancaran Rakan Ronda sempena Kempen Keselamatan Jalan Raya KKR

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Menteri Kerja Raya, YB Datuk Fadillah Yusof telah melancarkan pasukan Rakan Ronda sempena Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kementerian Kerja Raya (KKR) bertempat di Persada PLUS, Persimpangan bertingkat Subang, Lebuhraya NKVE, hari ini.

Matlamat utama pengwujudan Rakan Ronda ini adalah untuk memupuk sikap bertanggungjawab terhadap keselamatan diri sendiri serta pengguna jalan raya dan lebuh raya di samping menyampaikan maklumat-maklumat trafik seperti kesesakan luar jangka, kemalangan dan kerosakan kenderaan. Rakan Ronda juga boleh mengemukakan aduan berkaitan perkhidmatan di jalan raya dan lebuh raya .

Semua pengguna boleh menghubungi Pusat Pengurusan Trafik, Lembaga Lebuhraya Malaysia, di talian 1-800-88-7752 dan melalui media sosial Facebook, www.facebook.com/rakanrondalebuhraya, Twitter, www.twitter.com/LLMinfotrafik , emel , LLMTMC@llm.gov.my  atau talian 1MOCC, 03-8000 8000. Pusat Pengurusan Trafik LLM ini akan beroperasi  24 jam setiap hari, sepanjang tempoh Ops Selamat.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita