Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
KERAJAAN MADANI PERKASAKAN AKSES KESIHATAN RAKYAT PONTIAN DAN SEKITARNYA DENGAN PEMBINAAN BANGUNAN TAMBAHAN HOSPITAL PONTIAN

PONTIAN – Kerajaan MADANI terus komited memperkukuh perkhidmatan kesihatan rakyat apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia hari ini menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Bangunan Tambahan Hospital Pontian, Johor. Projek ini merupakan antara inisiatif strategik di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) bagi menaik taraf fasiliti kesihatan Hospital Pontian yang telah beroperasi hampir satu abad.

TURUN PADANG KSU KE JKR NEGERI KELANTAN

KELANTAN – Lawatan kerja rasmi YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya ke Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Kelantan menjadi platform penting bagi meninjau pelaksanaan inisiatif strategik ke arah pemodenan sektor pembinaan negara.

KUNJUNGAN HORMAT KSU KKR KE PEJABAT SUK KELANTAN PERKUKUH SINERGI PEMBANGUNAN

KELANTAN  — Kunjungan hormat Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim ke atas YBM Tengku Kaya Perkasa Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj bin Tengku Feissal, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan di Pejabat SUK Kelantan, memperkukuh kerjasama strategik Persekutuan dan Negeri demi pembangunan serta kesejahteraan rakyat.

LAWATAN KERJA RASMI KSU KKR KE MAKMAL MYBIM SATELLITE TVETMARA PASIR MAS, KELANTAN

KELANTAN — YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim telah turun padang meninjau Makmal MYBIM Satellite TVETMARA yang dibangunkan di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Pasir Mas, Kelantan. Pembangunan ini merupakan hasil kerjasama antara CIDB dan KKTM/MARA bagi menyediakan kemudahan digital yang lebih moden, lengkap serta menyokong keperluan industri pembinaan masa kini.

TURUN PADANG YBTM DI KUANTAN

KUANTAN - Usai mempengerusikan mesyuarat, Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Dr Ahmad Maslan turut turun padang meninjau dua lokasi projek.

Lokasi pertama ialah Projek Menaiktaraf Jalan FT1486 dari Persimpangan Lampu Isyarat Bukit Goh ke KOTASAS.

Projek ini dicadangkan di bawah Rolling Plan 1, Rancangan Malaysia Ke-12 manakala kelulusan pelaksanaan telah diberikan di bawah Rolling Plan 2, Rancangan Malaysia Ke-12. Kos siling bagi projek yang diluluskan adalah sebanyak RM80 juta.

PELAKSANAAN PROGRAM G1–G4 BAGI KERJA PENYENGGARAAN JALAN PERSEKUTUAN ZON TENGAH/TIMUR TAHUN 2026

BANGI - YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya hari ini hadir ke Majlis Cabutan Undi Tawaran Kerja Penyenggaraan Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia bagi Zon Tengah Timur untuk tahun 2026.

Kementerian Kerja Raya (KKR) terus komited dalam memperkasa kontraktor kecil tempatan menerusi pelaksanaan Program Memperkasa Kontraktor G1–G4 bagi kerja-kerja Penyenggaraan Jalan Persekutuan Zon Tengah/Timur Tahun 2026.

MESYUARAT PEMANTAUAN PROJEK INFRA RAKYAT KEMENTERIAN PELANGGAN

KUANTAN - Dalam rangka TURPA (turun padang) ke Negeri Pahang hari ini, YB Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr. Haji Ahmad Haji Maslan telah mempengerusikan Mesyuarat Pemantauan Projek Infra Rakyat Kementerian Pelanggan Bilangan 1 bertempat di Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS).

Sehingga kini, sebanyak 2,607 projek sedang dilaksanakan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM154.4 bilion.

KEMENTERIAN KERJA RAYA MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT MENTERI BESAR PERLIS

KUALA LUMPUR  – YB Dato’ Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada YAB Tuan Abu Bakar Hamzah, Menteri Besar Perlis di Kementerian Kerja Raya (KKR).

Turut hadir bersama YB Datuk Dr. Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya, YBhg. Datuk Dr. Khairus Masnan bin Abdul Khalid, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan) dan YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman,Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Pengurusan Kementerian Kerja Raya

MAJLIS PERASMIAN SESI DISKUSI MEJA BULAT: TATAKELOLA PELAKSANAAN PROJEK (MITIGASI PEMBAYARAN DI BAWAH ARAHAN PERBENDAHARAAN 59) SIRI 1 TAHUN 2026 (ZON SABAH)

KOTA KINABALU – Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Bahagian Kewangan hari ini menganjurkan Sesi Diskusi Meja Bulat berkaitan tatakelola pelaksanaan projek dan pengurusan pembayaran di bawah Arahan Perbendaharaan 59. Program ini berlangsung di Hotel Promenade, Kota Kinabalu.

KKR TERUSKAN PEMERKASAAN KONTRAKTOR KECIL MELALUI PROGRAM PENYELENGGARAAN JALAN

KOTA KINABALU – YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya hadir merasmikan Majlis Tawaran Cabutan Undi Kerja Program Penyelenggaraan Jalan Persekutuan Negeri Sabah Tahun 2026, selaras dengan komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan pembangunan infrastruktur yang inklusif serta memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Subscribe to