Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
Cabutan Undi 45 Kerja Penyenggaraan Jalan Bernilai RM26.98 Juta Untuk Kontraktor Kecil Bumiputera G1-G4 Perlis, Kedah dan Pulau Pinang

Langkawi, 20 Mei 2024 - Yang Berhormat Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya Malaysia hari ini telah menyaksikan proses Cabutan Undi bagi Tawaran Kerja Pelaksanaan dan Penyenggaraan Jalan Persekutuan Seluruh Malaysia yang merupakan sebahagian dari Inisiatif Bajet 2024 Bagi Kontraktor Kecil Bumiputera G1 hingga G4.

 

Cabutan Undi 184 Kerja Penyenggaraan Jalan Bernilai RM100.87 Juta Untuk Kontraktor Kecil Bumiputera G1-G4 Selangor, Pahang, Terengganu dan Kelantan

Kuala Lumpur, 23 Mei 2024 - Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia hari ini telah menyaksikan seterusnya membuat cabutan undi bagi Zon Tengah/Timur bagi Program Mempercepatkan Penyenggaraan Jalan dengan Memanfaatkan Kontraktor Gred G1–G4 bagi Program Penyenggaraan Berkala Pavemen dan Berkala Bukan Pavemen di Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia Bagi Tahun 2024 yang melibatkan Negeri Selangor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

 

Cabutan Undi 64 Kerja Penyenggaraan Jalan Bernilai RM50 Juta Untuk Kontraktor Kecil Bumiputera G1-G4 Sarawak

Sibu, Sarawak, 24 Mei 2024 - YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya Malaysia bersama-sama dengan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam Hj. Ahmad dan Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Dasar dan Pembangunan, YBhg. Dato' Zahrul Hakim Abdullah hari ini telah membuat cabutan undi bagi Tawaran Kerja Pelaksanaan an Penyenggaraan Jalan Persekutuan Negeri Sarawak yang merupakan sebahagian dari Inisiatif Bajet 2024 Bagi Kontraktor Kecil Bumiputera G1 hingga G4 di seluruh Malaysia.

Majlis Pra-Pelancaran (Soft-Launch) Sistem Centralised Regulations Repository (CRR) Dan Pusat Informasi Dan Data Analitik Sektor Pembinaan Nasional (National Construction Information And Analytic Platform-NCIP)

Kuala Lumpur, 28 Mei 2024 - Tengah hari tadi telah berlangsung Majlis Pra Pelancaran Sistem CCR dan NCIP Centre disempurnakan oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya bertempat di Bilik Tanjung, Blok A, Aras 6, Kompleks Kerja Raya. YB Menteri Kerja Raya turut melawat NCIP Centre yang berada Tingkat 11, Blok B dan menurunkan tandatangan di atas plak nama sebagai simbolik perasmian.

 

Projek Naik Taraf Jambatan Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh, Pahang

Temerloh, Pahang, 17 Mei 2024 – YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya telah turun padang bagi meneliti kerja-kerja ‘stitching’ atau penyambungan segmental box girder jambatan (span 3, span 4 & span 5) bagi Projek Menaiktaraf Jambatan Sultan Haji Ahmad Shah di T

Tinjauan Pembaikan Cerun FT68 di Bentong, Pahang

Bentong, Pahang, 17 Mei 2024 - Segmen kedua dari program turun padang YB Menteri Kerja Raya hari ini turut meninjau kemajuan kerja pembaikan cerun di jalan persekutuan FT68 Kuala Lumpur–Bentong. Pada 25 November 2023, satu kejadian runtuhan cerun dan kejadian pokok tumbang telah berlaku di beberapa lokasi di seksyen 40.00 – 48.00, Jalan Bentong Lama–Kuala Lumpur, Daerah Bent

Kerosakan Lampu Jalan di FT54 Kepong – Kuala Selangor Disebabkan Vandalisma dan Langkah- Langkah Pembaikannya

Petaling, Selangor, 15 Mei 2024 - YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya telah turun padang meninjau jalan Persekutuan FT54 Jalan Kepong-Kuala Selangor yang mengalami masalah lampu jalan tidak berfungsi. Permasalahan ini telah berlaku sejak Ogos 2023 yang berpunca daripada kegiatan vandalisma iaitu kecurian kabel dan kecurian komponen peti pembekal voltan rendah (feeder pillar). 

Penyerahan Projek Pembinaan Bangunan Gantian 12 Bilik Darjah Dan Lain-Lain Kemudahan Di Sekolah Kebangsaan Sendayan, Negeri Sembilan

Sendayan, Seremban, 14 Mei 2024 – YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya hari ini telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Bangunan Gantian 12 Bilik Darjah dan Lain-Lain Kemudahan bagi Sekolah Kebangsaan Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan.

 

Dua Projek Persekutuan Untuk Rakyat Bintulu Mendahului Jadual

Bintulu, Sarawak, 4 Mei 2024 – Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi hari ini telah turun padang meninjau kemajuan kerja dua (2) projek Kerajaan Persekutuan di Bintulu, Sarawak yang dilaksanakan oleh agensi Kementerian Kerja Raya (KKR) iaitu Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR).

 

Pecah Tanah Projek Jalan Luar Bandar Kapit Bakal Merancakkan Sosioekonomi Rakyat Madani Sekitar Kanowit, Ngemah, Song Dan Kapit

Kapit, Sarawak, 03 Mei 2024 - Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi merangkap Ahli Parlimen P.215 Kapit telah menyempurnakan majlis pecah tanah Projek Jalan Nanga Kabah/SK Beguang/Sg. Song, Song, Kapit, Sarawak yang merupakan sebuah projek Persekutuan milik Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) pada 3hb Mei 2024.

Subscribe to