Ampang, 16 Oktober 2024 – YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya meninjau lokasi kejadian tanah runtuh di Jalan E6 / Jalan Serdang, Taman Melawati, Ampang, Selangor. Kejadian tanah runtuh di Taman Melawati ini melibatkan kawasan penyenggaraan jalan dan perparitan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), manakala kawasan cerun runtuh adalah merupakan milik pemaju. Sebanyak empat (4) buah rumah telah terjejas dan terhalang oleh sisa runtuhan akibat kejadian ini.