KUCHING, 11 FEBRUARI 2025 - Delegasi daripada Kementerian Kerja Raya meneruskan sesi kunjungan hormat kepada Timbalan Premier Sarawak, YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas di Aras 20 Wisma Bapa Malaysia.
Delegasi yang diketuai oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi juga berpeluang mengadakan perbincangan dua hala antara kedua belah pihak.