Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
MESYUARAT PENYELARASAN DAN PEMANTAUAN PENYENGGARAAN KUARTERS PERSEKUTUAN KKR BIL. 1/2026

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan dan Pemantauan Penyenggaraan Kuarters Persekutuan Bil. 1/2026 bagi memperincikan status semasa serta hala tuju pengurusan kediaman penjawat awam di bawah seliaan kementerian. Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan), YBhg. Datuk Dr. Khairus Masnan bin Abdul Khalid. Mesyuarat ini merupakan platform kritikal dalam memastikan setiap unit kuarters berada dalam keadaan kondusif dan selamat untuk didiami.

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PEMBINAAN PUSAT REKOD PENDAFTARAN NEGARA KEPADA KEMENTERIAN DALAM NEGERI

CYBERJAYA – Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya, hari ini telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Pusat Rekod Pendaftaran Negara kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN). Projek ini telah dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia selaku agensi pelaksana dan bangunan tersebut dinamakan sebagai ‘Bangunan Nilam Sari. Pusat Rekod ini dibina di atas tapak seluas 9.371 ekar di Cyberjaya.

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU PELAKSANAAN LPB SABAH

TAWAU – Kementerian Kerja Raya (KKR) hari ini mengingatkan semua pihak untuk memastikan tiada lagi ruang bagi alasan, kerenah birokrasi atau kegagalan teknikal dalam pembangunan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah.

TURUN PADANG KSU KE LEBUHRAYA PAN BORNEO (LPB) SABAH

SABAH – Turun Padang (TURPA) Kementerian Kerja Raya (KKR) menyaksikan komitmen berterusan kepimpinan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah dalam memastikan Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah berada pada landasan yang ditetapkan.

TURUN PADANG KSU KE LEBUHRAYA PAN BORNEO (LPB) SABAH

SABAH – Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kerja Raya (KKR), YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim bersama YBhg. Datuk Ridhwan Roger Linus, Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Sabah (KKRS), hari ini menegaskan bahawa tiada ruang untuk sebarang kelewatan dalam pelaksanaan projek infrastruktur negara. Turut serta, YBhg. Datuk Dr. Khairus Masnan bin Abdul Khalid, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) KKR.

TURPA TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA KE PROJEK MASJID TERAPUNG YAN, KEDAH

YAN, KEDAH – Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan telah turun padang bagi meninjau status kemajuan projek Menyiapkan Baki Kerja Pembinaan Masjid Terapung di Daerah Yan yang kini berada di peringkat akhir pelaksanaan dengan pencapaian fizikal sebanyak 98.6%.  

LAWATAN KERJA RASMI YB TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA KE PROJEK PEMBINAAN BAHARU SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL (SMPKV) PADAWAN, SARAWAK

KUCHING, SARAWAK - YB Datuk Seri Ahmad Bin Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya hari ini telah turun padang bagi meninjau kemajuan kerja Projek Pembinaan Baharu Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) Padawan, Sarawak.

Projek yang bernilai RM 78.999 Juta ini dilaksanakan secara reka dan bina oleh kontraktor yang dilantik iaitu Himpun Daya Sdn Bhd manakala Pasukan Projek Khas 2, Jabatan Kerja Raya Malaysia bertindak sebagai agensi pelaksana projek.

Subscribe to