Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
KUNJUNG HORMAT DARIPADA KSU KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

PUTRAJAYA, 10 MAC 2025 - Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya. YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim menerima kunjungan hormat oleh YBhg. Dato' Jana Santhiran Muniayan, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan.  

Pertemuan berlangsung di Ibupejabat Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya dan kedua,-dua pihak meluangkan masa hampir satu jam mengadakan perbincangan bagi pihak Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pengangkutan. 

KUNJUG HORMAT DARIPADA KSU KEMENTERIAN SUMBER ASLI

PUTRAJAYA, 10 MAC 2025 - Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli, YBhg. Datuk Dr. Ching Too a/l Kim bersama Ketua Pengarah, Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian (JKPTG), YBhg. Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain.  

DATO’ KSU KKR BERSAMA TIMBALAN MENTERI KPKT KE DAERAH SEPANG

SEPANG, 10 MAC 2025 - Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim turun padang mengadakan lawatan ke Daerah Sepang bersama Timbalan Menteri KPKT merangkap Ahli Parlimen Sepang, YB Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu.  

Mengiringi YBhg. Dato' Seri KSU ialah Pengarah Kerja Raya Negeri Selangor, YBrs. Tuan Ir. Haji Shukri Ishak. Taklimat sepanjang lawatan ini telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Azarul Azlan Mohd Radhi, Jurutera Daerah Sepang.  

SESI LIBAT URUS YBM BERSAMA AHLI PARLIMEN SARAWAK

KUALA LUMPUR, 4 MAC 2025 - Menteri Kerja Raya, YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi telah mengadakan Sesi Libat Urus Menteri Kerja Raya Bersama Ahli Parlimen Negeri Sarawak Dan Pengurusan Tertinggi Kementerian Kerja Raya Serta Agensi Dibawah Naungan. Hadir sama ialah YB. Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya. 

LAWATAN KERJA YBHG. DATO' SERI KSU KKR KE МАНКАМАН BAHARU AMPANG

AMPANG, SELANGOR, 1 MAC 2025 -  YBhg. Dato' Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha, Kementerian Kerja Raya hari ini mengadakan satu lawatan kerja ke Mahkamah Baharu Ampang bagi meninjau isu dan permasalahan di bangunan tersebut termasuk kecacatan yang berlaku serta laporan kerosakan yang masih dalam tindakan susulan oleh pihak JKR dan juga pihak kontraktor. 

PEMANTAUAN BERTERUSAN PROJEK FIZIKAL PEMBANGUNAN KEMENTERIAN PELANGGAN

KUALA LUMPUR, 28 FEBRUARI 2025 - YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya telah mempengerusikan Mesyuarat Pemantauan Projek Sakit dan Lewat Jadual Kementerian Pelanggan Bilangan 1 Tahun 2025 selaras dengan Halatuju Kementerian Kerja Raya (KKR) 2025 Mensifarkan Projek Sakit dan memastikan kelancaran pengurusan projek-projek infrastruktur rakyat tanpa EOT (Extension of Time). 

MEMPERKASA PERANAN JURUTERA DAERAH DAN JAJAHAN SEBAGAI TUNJANG GERAK KERJAHALA TUJU KEMENTERIAN KERJA RAYA

KUALA LUMPUR, 27 FEBRUARI 2025 – Sesi Amanat dan Dialog Menteri Kerja Raya bersama Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia 2025 dan Sesi Libat Urus Ketua Pengarah Kerja Raya bersama Pegawai Gred J14 JKR Malaysia telah diadakan pada hari ini. Sesi Amanat dan Dialog pada kali ini diadakan dengan objektif untuk memperkasa lagi peranan Jurutera Daerah dan Jajahan.

MAJLIS PRA-PELANCARAN MINGGU PEMBINAA ANTARABANGSA (ICW) & BUILDXPO 2025 ASEAN 2025

KUALA LUMPUR, 26 FEBRUARI 2025 - YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya merasmikan Majlis Pra-Pelancaran Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) & BUILDXPO ASEAN 2025 bertempat di Malaysian International Trade & Exhibition Centre (MITEC). 

Subscribe to