Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
SESI LIBAT URUS TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA BERSAMA-SAMA WARGA INDUSTRI LEBUH RAYA 2025

BANGI, 17 APRIL 2025 - Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Ahmad Maslan hadir ke Sesi Libat Urus Timbalan Menteri Kerja Raya Bersama-sama Warga Industri Lebuh Raya 2025 bertempat di Dewan Tan Sri M. Yusof.

YB Timbalan Menteri turut menyempurnakan acara Penyampaian Sumbangan kepada Haji Azman Rasman, wakil Pusat Jagaan Mahmudah serta Sesi Penerimaan Tajaan ASEAN Cultural Night Run 2025 daripada para penaja terlibat.

Seminar Kerjasama Teknologi Jalan Raya & Pembinaan Korea-Malaysia

KUALA LUMPUR, 15 APRIL 2025  – Seminar Kerjasama Teknologi Jalan Raya & Pembinaan Korea-Malaysia bertempat di Junior Ballroom, Hotel Intercontinental dianjurkan oleh Kedutaan Republik Korea di Malaysia (Duta Besar Yeo Seung-bae).

MESYUARAT PERTAMA RUNDINGAN BERSAMA MALAYSIA - REPUBLIK KOREA

KUALA LUMPUR, 16 APRIL 2025 -  Mesyuarat Pertama Rundingan Bersama Malaysia - Republik Korea bagi Memuktamadkan Perjanjian Persefahaman diantara Kementerian Kerja Raya Malaysia dan Kementerian Tanah, Infrastruktur Dan Pengangkutan (MOLIT), Republik Korea.

MESYUARAT DUA HALA ANTARA KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA DENGAN KEMENTERIAN PELABURAN ARAB SAUDI

KUALA LUMPUR, 14 APRIL 2025 - Mesyuarat dua hala diantara pihak Kementerian Kerja Raya yang mewakili Kerajaan Malaysia bersama delegasi daripada Kementerian Pelaburan Arab Saudi yang diadakan di Ibu pejabat Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB Malaysia).

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Hamdiah Ismail, Setiausaha Bahagian Dasar Dan Antarabangsa KKR manakala delegasi daripada Kementerian Pelaburan Arab Saudi diketua oleh Tuan Nasser Alsanad.

TURUN PADANG : TKSU KKR PANTAU LOKASI ADUAN DI KUANTAN, PAHANG

KUANTAN, 11 APRIL 2025 - Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Dasar Dan Pembangunan, YBhg. Dato' Mohd Sakeri Abdul Kadir turun padang meninjau Jalan Persekutuan FT02 berkaitan aduan awam yang diterima di beberapa lokasi sepanjang laluan tersebut. Hadir mengiringi ialah YBhg. Dato’ Ir. Ts. Hafizah Binti Zakaria, Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang.

MAJLIS INTERAKSI MENTERI KERJA RAYA BERSAMA-SAMA WARGA KKR SEMPENA PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI SIRI 2 TAHUN 2025

KUALA LUMPUR, 10 APRIL 2025  YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya hadir ke Majlis Interaksi Bersama-sama Warga Kerja Raya dan juga meraikan rakan- rakan yang beragama Islam menyambut Hari Lebaran atau Hari Raya Aidilfitri.

Turut hadir pada majlis tersebut YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya bersama dengan pengurusan tertingi Kementerian Kerja Raya. 

MENTERI KERJA RAYA TURUN PADANG MELIHAT PERSEDIAAN SYARIKAT KONSESI MENGHADAPI PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI

SUNGAI BULOH, 28 MAC 2025 - YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya turun padang bagi meninjau sendiri tahap kesiapsiagaan syarikat konsesi lebuh raya dalam menghadapi perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. Lawatan kerja ini bertujuan memastikan semua syarikat konsesi berada dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi peningkatan jumlah trafik yang dijangka sebanyak 2.77 juta kenderaan sehari yang akan menggunakan lebuh raya utama, sekali gus memastikan kelancaran trafik serta keselamatan pengguna lebuh raya sepanjang musim perayaan.

Subscribe to