BANGI – Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia mewakili Kementerian Kerja Raya (KKR) membuat cabutan undi bagi memilih kontraktor Bumiputera Gi-G4 yang layak untuk melaksanakan 111 kerja penyenggaraan jalan berkala pavamen dan 172 kerja berkala bukan pavamen bernilai RM182.396 juta bagi Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia Zon Tengah dan Timur Tahun 2025 yang melibatkan negeri Selangor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.