Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
LAWATAN KERJA ke SK PEKAN LAHAD DATU, SABAH PROJEK GANTIAN 26 BILIK DARJAH, RUMAH GURU 4 UNIT DAN LAIN-LAIN KEMUDAHAN BERKAITAN

LAHAD DATU, SABAH – Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Hj. Ahmad bin Hj. Maslan telah turun padang dalam rangka lawatan tiga hari di Negeri Sabah dengan program pertamanya meninjau kemajuan pelaksanaan projek Sekolah Daif Sabah (2020) di Sekolah Kebangsaan Pekan Lahad Datu, Sabah.

PROJEK MENAIKTARAF JAMBATAN MERENTASI SUNGAI MARANG DI LALUAN FT003 BERJALAN LANCAR

MARANG, TERENGGANU  – Yang Berhormat Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya Malaysia telah turun padang meninjau kemajuan projek Kerajaan Persekutuan menaiktaraf jambatan merentasi Sungai Marang di laluan FT003 Jalan Kuala Terengganu – Kuantan (FT003), Marang, Kuala Terengganu.

Projek yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya selaku agensi pelaksana telah dimulakan pada 9 Disember 2021 dengan kos kontrak bernilai RM338.0 juta dan dijangka siap pada sukuan kedua tahun 2027. Sehingga 30 Jun 2025, projek ini telah mencapai kemajuan fizikal 54.70%.

PERSIDANGAN PEGAWAI KANAN JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA (SOC 2025)

TERENGGANU – Yang Berhormat Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya telah merasmikan Persidangan Pegawai Kanan JKR (SOC) JKR Malaysia Tahun 2025 bertempat di Raia Hotel & Convention Centre. SOC 2025 merupakan penganjuran edisi yang ke-23 bertemakan “JKR Mampan: Memacu Kelestarian MADANI”.

Persidangan yang bermula pada 14 – 16 Julai 2025 ini melibatkan penyertaan seramai lebih 400 pegawai-pegawai kanan JKR Malaysia melibatkan Pengurusan tertinggi Jabatan, Jurutera-jurutera Daerah dan Pegawai-Pegawai Kader dari seluruh negara.

TINJAUAN STRUKTUR TAMBATAN BANJIR (FLOOD WALL) DI KM373, LEBUHRAYA LPT2

Mengakhiri sesi lawatan kerja beliau di Zon Timur, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) Kementerian Kerja Raya, YBhg. Datuk Mohd Sakeri Abd Kadir serta Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, YBhg. Datuk Ir Sazali Harun membuat tinjauan struktur tambatan banjir di KM373, Lebuhraya LPT2.

Tinjauan ini bertujuan untuk melihat konsep dan pelaksanaan reka bentuk struktur tambatan banjir yang telah siap sepenuhnya dan berfungsi dengan baik semasa Monsun Timur Laut 2025/2026 baru-baru ini.

Subscribe to