Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
TURUN PADANG JAJARAN REDLINE LEBUHRAYA PAN BORNEO SARAWAK

SIBU –  Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) Kementerian Kerja Raya, YBhg. Datuk Mohd Sakeri Abdul Kadir meneruskan lawatan kerja ke jajaran Redline Lebuhraya Pan Borneo Sarawak (Seksyen Durin dan Salim). Seksyen ini merupakan salah satu daripada empat Jajaran Redline Long Stretches yang disenaraikan.

TURUN PADANG TKSU DP KE RUMAH KIONG, KAPIT

KAPIT – Menyambung agenda lawatan kerja di Sarawak, Timbalan Ketua Setiausaha Dasar dan Pembangunan, YBhg. Datuk Mohd Sakeri Abdul Kadir singgah meninjau keadaan terkini runtuhan cerun di Rumah Kiong sebelum bergerak ke lokasi kerja-kerja penyenggaraan jalan di Sibu.

Rumah Kiong telah diangkat sebagai Kampung Angkat Madani Kementerian Kerja Raya bagi tahun 2025. Antara projek yang dirancang termasuk menaik taraf bangunan dan halaman Rumah Kiong, membina tempat letak kenderaan berbumbung, pembinaan tandas tetamu, serta kerja-kerja pendawaian semula elektrik. 

PEMANTAUAN PROJEK KAMPUNG ANGKAT MADANI

SONG, SARAWAK  – Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan) Kementerian Kerja Raya, YBhg. Datuk Mohd Sakeri Abd Kadir mengadakan lawatan pemantauan ke Projek Kampung Angkat Madani - Nanga Engkuah, Ulu Ketibas.

MAJLIS PERASMIAN JAMBATAN SULTAN MUZZAFFAR SHAH, KUALA KANGSAR, PERAK

KUALA KANGSAR, PERAK - Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah hari ini berkenan mencemar duli merasmikan Jambatan Sultan Muzzaffar Shah di Monong, Kuala Kangsar.

TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (DASAR & PEMBANGUNAN) KKR ADAKAN LAWATAN PEMANTAUAN KE PROJEK KAMPUNG ANGKAT MADANI, NANGA ENGKUAH, ULU KETIBAS

SONG – Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan) Kementerian Kerja Raya, YBhg. Datuk Mohd Sakeri Abd Kadir hari ini mengadakan lawatan pemantauan ke Projek Kampung Angkat Madani - Nanga Engkuah, Ulu Ketibas.

SESI DIALOG BELANJAWAN 2026 KEMENTERIAN KERJA RAYA (KKR) BERSAMA PENGGIAT INDUSTRI PEMBINAAN

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya (KKR) hari ini telah mengadakan Sesi Dialog Belanjawan 2026 bersama penggiat industri, agensi kerajaan, persatuan profesional, dan pihak berkepentingan lain di Kompleks Kerja Raya.

MENTERI KERJA RAYA, YB DATO SRI ALEXANDER NANTA LINGGI PAGI INI MENGHADIRI MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN FRIENDS OF MINISTRY (FOM) KEMENTERIAN KERJA RAYA DI PARLIMEN MALAYSIA

KUALA LUMPUR – Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi pagi ini menghadiri Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Friends of Ministry (FOM) Kementerian Kerja Raya di Parlimen Malaysia.

FOM, yang diilhamkan oleh Kelab Penyokong Kerajaan MADANI (BBC), menjadi platform penting untuk memperkukuh hubungan strategik antara KKR dan Ahli-ahli Parlimen, demi memastikan dasar dan aspirasi Malaysia MADANI dapat diterjemahkan kepada manfaat sebenar di peringkat akar umbi.

LAWATAN TURUN PADANG KE JALAN PERSEKUTUAN FT003 & FT057 DI JAJAHAN KOTA BHARU, KELANTAN

KOTA BHARU – Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan) Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato’ Mohd Sakeri bin Abdul Kadir, telah meninjau Jalan Persekutuan FT003 (Jalan Kota Bharu – Kuala Terengganu, Seksyen 688.5 hingga 705.9) dan FT057 (Jalan Kota Bharu – Pengkalan Chepa, Seksyen 0.0 hingga 10.40), dua laluan utama dan protokol di Jajahan Kota Bharu.

Subscribe to