Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
KSU KKR HADIR MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BERSAMA WARGA KEMENTERIAN

KUALA LUMPUR - Petang tadi Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim bersama Pengurusan Tertinggi KKR serta Agensi hadir ke Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kerja Raya bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital), Kementerian Komunikasi, YBrs. Tuan Erwin Khairul Ahmad.

Majlis perhimpunan kali ini merupakan anjuran bersama Bahagian Pengurusan Fasiliti dan Bahagian Khidmat Pengurusan Kementerian Kerja Raya.

YBM MERASMIKAN NATIONAL ENGINEERING CONVENTION 2025: KUKUH KERJASAMA ASEAN & PERKASA PROFESIONAL KEJURUTERAAN

KUALA LUMPUR  – Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi pagi ini merasmikan National Engineering Convention 2025 yang berlangsung di Connexion Conference & Event Centre, Bangsar South.

Dengan tema “Engineering Malaysia Integrating ASEAN”, konvensyen ini menjadi platform strategik untuk memperkukuh kerjasama kejuruteraan serantau, memperkasakan pembangunan profesional, serta menegakkan etika dan peraturan industri, di samping memberi inspirasi kepada generasi jurutera masa depan.

SESI PENGGULUNGAN YB MENTERI KERJA RAYA DI PARLIMEN

KUALA LUMPUR – YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya telah menghadiri Sesi Penggulungan pada Sidang Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Parlimen Kelima Belas 2025.

YB Menteri turut menekankan komitmen Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam memastikan setiap projek dilaksanakan dengan telus, berimpak tinggi, dan memberi manfaat secara langsung kepada rakyat, sejajar dengan aspirasi kerajaan MADANI.

Turut hadir dalam sesi tersebut ialah YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya.

PROJEK NAIKTARAF SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL BINTULU SIAP 49 HARI LEBIH AWAL

BINTULU  – Kerajaan MADANI melalui Kementerian Kerja Raya (KKR) menyerahkan projek siap menaiktaraf Sekolah Menengah Vokasional Bintulu, Sarawak yang berjaya disiapkan 49 hari lebih awal daripada jadual asal tanpa sebarang lanjutan masa (EOT).

KEMPEN JAGA PAN BORNEO BAIT-BAIT

BINTULU – Menteri Kerja Raya, YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi merasmikan Kempen Kesedaran Kebersihan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang bertemakan “Jum Jaga Pan Borneo Bait-Bait”. Kempen anjuran Kementerian Kerja Raya (KKR) dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dan Syarikat Penyenggaraan Pan Borneo Highway Asset Management Sdn. Bhd. ini diinspirasikan daripada pesanan mantan Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem yang menjadi semangat di sebalik pembinaan Lebuhraya Pan Borneo.

KERAJAAN KOMITED SEMPURNAKAN PAN BORNEO SARAWAK - VIADUCT BUKIT SONG HAMPIR SIAP

MIRI - Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi menegaskan komitmen kerajaan untuk menyempurnakan projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak, khususnya bagi Pakej WPC 11, agar manfaatnya dapat dinikmati rakyat secepat mungkin. Menurut beliau, semua kerja dilaksanakan dengan pemantauan rapi bagi memastikan ia mengikut spesifikasi serta jadual yang ditetapkan.

Subscribe to