Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

BPR mula siasat bangunan runtuh di Pulau Banding

IPOH: Sepasukan pegawai dan anggota daripada bahagian Kejuruteraan Forensik Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) Putrajaya akan memulakan siasatan mereka hari ini berhubung kejadian runtuhan bangunan Perbadanan Taman Negeri Perak (PTNP) di Pulau Banding, Gerik, Selasa lalu. 

Pengarah BPR Perak, Samsiah Abu Bakar, berkata pasukan itu dengan dibantu pegawai dan anggota BPR Perak akan mengadakan siasatan di tapak runtuhan hari ini bagi mengenal pasti punca kejadian. 

Smart tunnel still closed

KUALA LUMPUR: The Stormwater Management and Road Tunnel (Smart) will remain closed until the authorities are satisfied that the de-watering process is complete. 

As at 6pm yesterday, the water level reading in the tunnel was at 21m. 

The 3km double-deck motorway was closed to traffic on Tuesday to divert water out of the city caused by heavy rain. This move prevented Dataran Merdeka from being inundated.

Bukan untuk elak kesesakan lalu lintas - Ir. Keizrul

KUALA LUMPUR 15 Nov. - Pembinaan Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan (SMART) adalah untuk mengelakkan kejadian banjir di sekitar Lembah Klang bukan menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di ibu kota.

Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Datuk Paduka Ir. Keizrul Abdullah menolak tanggapan sesetengah pihak yang pembinaan terowong SMART bertujuan mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Menurutnya, tujuan utama terowong itu dibina adalah untuk mencegah kejadian banjir besar di ibu kota dengan menjadikannya sebagai laluan air ketika hujan lebat.

Terowong SMART terus ditutup

KUALA LUMPUR 15 Nov. - Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan (SMART) akan terus ditutup sehingga kerja-kerja mengalirkan air dari kolam takungan di Kampung Berembang dan Taman Desa ke Sungai Kerayung selesai dijalankan.

Hari ini merupakan hari ketiga terowong bernilai RM2 bilion itu ditutup setelah ditutup petang kelmarin.

Jurucakap SMART ketika dihubungi hari ini berkata, adalah sukar untuk meramalkan bila kerja-kerja pengaliran itu akan selesai.

BPR siasat bangunan ranap.

IPOH - Dua kumpulan penyiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan ditubuhkan serta-merta bagi menyiasat  kemungkinan wujudnya salah laku dalam proses pembinaan bangunan dua tingkat milik Perbadanan Taman Negeri Perak (PTNP) di Tasik Banding yang runtuh kelmarin.

Selain itu, BPR turut mendapatkan bantuan unit forensik dari ibu pejabat agensi terbabit di Kuala Lumpur untuk bekerjasama dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak bagi menyiasat punca keruntuhan itu.

Cerucuk, tiang lemah punca runtuhan

IPOH-Kejadian bangunan dua tingkat milik Perbadanan Taman Negari Perak (PTNP) yang sudah siap di lereng Tasik Banding di Gerik yang runtuh kelmarin mungkin disebabkan terdapatnya satu atau dua cerucuk atau tiang yang lemah sehingga ia tidak boleh berfungsi untuk menampung struktur bangunan tersebut.

Menteri Besar, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali berkata, berdasarkan siasatan awal Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak, tiang atau cerucuk itu lemah mungkin disebabkan oleh ketidaksesuaian reka bentuk, bahan binaan, kerja-kerja pembinaan serta kualiti.

Wujud aliran air bawah tanah?

GERIK 14 Nov. - Bangunan dua tingkat milik Perbadanan Taman Negeri Perak (PTNP) di Tasik Banding yang runtuh semalam dipercayai akibat wujudnya aliran air bawah tanah di tapak bangunan bernilai RM4.5 juta itu.

Tinjauan Utusan Malaysia di tapak runtuhan itu mendapati terdapat aliran air yang dipercai mengalir dari sungai di puncak bukit yang terletak di belakang bangunan tersebut.

Selain itu, tanah di tapak bangunan itu juga dilihat semakin mendap dan runtuhan masih berlaku kerana keadaan tanah yang basah dan berair.

Runtuh: Perundingan kontraktor disiasat

Satu badan professional akan menjalankan siasatan termasuk terhadap perunding dan kontraktor berhubung  kejadian runtuhan bangunan Perbadanan Taman Negeri Perak (PTNP) di lereng Tasik Banding di Gerik Kelmarin.

Menteri Besar Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali berkata, badan professional itu akan dilantik selepas selesai perbincangan dengan Jabatan Kerja Raya yang akan memberi panduan dan nasihat kepada kerajaan negeri.

Pasukan khas siasat bangunan PTNP runtuh

IPOH: Badan Pencegah Rasuah (BPR) Perak sudah menubuhkan pasukan khas bagi menjalankan siasatan menyeluruh termasuk kemungkinan ada unsur rasuah dan penyelewengan berikutan kejadian bangunan milik perbadanan Taman Negeri Perak (PTNP) runtuk di Pulau Banding, dekat Grik, Kelmarin.

Pengarahnya, Samsiah Abu Bakar berkata pasukan itu yang ditubuhkan serta merta semalam akan menjalankan soal siasat terhadap semua pihak yang terbabit  dalam projek berkenaan termasuk kontraktor, perundingan serta pihak yang meluluskan projek terbabit.

Subscribe to