Samy Vellu nafi kos bina Istana Negara RM1 bilion
KUALA LUMPUR 22 Nov. - Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa kos pembinaan Istana Negara baru di Jalan Duta di sini telah meningkat kepada RM1 bilion.
Beliau sebaliknya menjelaskan, kos pembinaan Istana Negara baru itu yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri dan Kementerian Kewangan ialah RM650 juta.