Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN KONSESI TAMBAHAN LEBUHRAYA BARU PANTAI (NPE)

KUALA LUMPUR – YB Dato Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya hari ini melalui telah menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian Konsesi Tambahan bagi Lebuhraya Baru Pantai (NPE) bersama syarikat konsesi, New Pantai Expressway Sdn. Bhd.

Perjanjian ini dimeterai susulan kelulusan Jemaah Menteri pada 7 Mei 2025 yang melibatkan cadangan penswastaan Projek Sambungan NPE, penstrukturan semula kadar tol serta pelanjutan tempoh konsesi sehingga tahun 2057. Projek ini akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat konsesi dengan tempoh pembinaan selama 4 tahun.

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH AKPS KEPADA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KERJA RAYA

KUALA LUMPUR  – Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), YBhg. Dato' Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim, di Kompleks Kerja Raya, di sini hari ini.

Kunjungan ini bertujuan membincangkan kerjasama dua hala antara AKPS dan Kementerian Kerja Raya, khususnya dalam aspek pelaksanaan serta pengurusan projek-projek pembinaan yang berkaitan dengan infrastruktur kawalan sempadan negara.

TURPA DS KSU KKR HOSPITAL PARIT BUNTAR, PERAK

PERAK - Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim hari ini turun padang meninjau perkembangan Projek Hospital Parit Buntar Perak bagi memastikan fasiliti yang dibangunkan bukan sahaja menepati piawaian kualiti, malah mampu memenuhi keperluan perkhidmatan kesihatan setempat serta harapan rakyat untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan yang moden,  selesa dan menyeluruh.

Turut hadir dalam turpa ini ialah Dr. Che Sarifah bt Sulieman, Pengarah Hospital Parit Buntar dan Encik Azqil bin Azman, Pengurus CIDB Penang. 

SUASANA MERIAH DI RERUAI KEMENTERIAN KERJA RAYA

NEGERI SEMBILAN - Hari Kedua Program Madani Rakyat 2025 di Dataran Nilai dimeriahkan dengan kuiz interaktif Kahoot, Cabutan bertuah dan pelbagai hadiah menarik serta peluang berinteraksi bersama agensi kerajaan. 

Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Seremban dan Puan Zainora Zainal, Ketua Eksekutif CIDB turut meluangkan masa untuk hadir ke reruai KKR.

KSU KKR RASMIKAN PROGRAM HARI KEUSAHAWANAN & PENYERAHAN KOMPUTER IMAC DI SK SERI PENANTI

PULAU PINANG - Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim telah merasmikan Program Hari Keusahawanan Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, Kubang Semang, Seberang Perai, Pulau Pinang. 

Turut diadakan Majlis Penyerahan 22 unit komputer iMac atas inisiatif KSU KKR mendapatkan kerjasama antara pihak sekolah dengan rakan strategik KKR, Switch Malaysia (Apple Premium Partner). 

MALAYSIA HANTAR 37 PESERTA SERTAI WORLDSKILLS ASEAN MANILA 2025

SEPANG – Malaysia terus memperkukuh penglibatan dalam pertandingan kemahiran peringkat serantau apabila menghantar 37 peserta untuk mewakili negara ke Pertandingan WorldSkills ASEAN Manila 2025 yang akan berlangsung di World Trade Center, Pasay City, Manila, Filipina dari 26 hingga 28 Ogos ini.

SUASANA MERIAH DI RERUAI KEMENTERIAN KERJA RAYA

Sekitar Hari Pertama Program Madani Rakyat 2025 membuka tirai dengan pelbagai aktiviti menarik yang bukan sekadar pameran biasa. Pengunjung berpeluang menyertai kuiz interaktif Kahoot yang penuh dengan soalan mencabar minda, di samping berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah menarik yang telah disediakan khas untuk anda. Program ini bukan sahaja menghiburkan, malah memberi ruang kepada rakyat untuk mendapatkan maklumat berguna, berinteraksi bersama agensi kerajaan serta menikmati pengalaman santai bersama keluarga. Terdapat pelbagai jualan-jualan  ada di program ini.

KSU KKR RASMIKAN PROGRAM BICARA EKSEKUTIF – TALENT ASSESSMENT PROGRAMME (TAP) JKR

KUALA LUMPUR – Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim hari ini telah merasmikan Program Bicara Eksekutif – Talent Assessment Programme (TAP) Jawatan Strategik Utama Jabatan Kerja Raya yang berlangsung di Bilik Tanjung, Aras 6, Blok A, Kompleks Kerja Raya.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBhg. Datuk Zainal Alhakab Seman; Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan Ismail; serta Timbalan Ketua Pengarah Sektor Infra JKR Malaysia, YBrs. Ir. Mohd Shahrom Ahmad Saman.

KSU KKR SEMPURNAKAN MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN KONSESI BGKP ZON TENGAH

KUALA LUMPUR - Tengah hari tadi telah berlangsung Majlis Menandatangani Dokumen Perjanjian Konsesi Bagi Kontrak Penswastaan Perkhidmatan Pengurusan dan Penyenggaraan Bangunan Gunasama Kerajaan Persekutuan (BGKP) Zon Tengah antara Kementerian Kerja Raya dan Petekma Niaga Sdn. Bhd.

Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim bertempat di Bilik Kiambang, Blok B, Aras 7, Kompleks Kerja Raya.

Subscribe to