Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

Malaysia Bantu Thailand bangunkan sempadan

MALAYSIA sedang mambantu Thailand merangka rancangan pembangunan di sempadan bersama dalam usaha meningkat taraf hidup rakyat kedua-dua negara, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata atas permintaan Thailand,kerajaan sedang memperincikan program pembangunan yang boleh dilaksanakan di utara Kelantan khusunya daerah Jeli dan Selatan Thailand khususnya Wikayah Narathiwat.

"Ia merupakan hasrat kerajaan Thailand yang mahu lihat adanya pembangunan di Selatan Thailand terutama yang ada hubung kait dengan pembangunan modal insane dan kemahiran.

Selaraskan pertukaran pelatih

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Najib Razak mengesyorkan Kementerian Kerjaraya   Menyelaras program pertukaran pelatih dengan negara luar yang lebih maju dalam bidang kemahiran atau kepakaran terkini bagi meningkatkan keupayaan modal insane tenaga kerja tempatan.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan pembangunan masa kini tidak boleh lagi berpaksikan falsafah ekonomi lama berteraskan tenaga buruh, modal dan keluasan tanah, sebaliknya modal insan sekarang  perlu mempunyai penguasaan teknologi dan berinovasi.

RM4 juta turap lubang lebuh raya

IPOH 26 Dis. - Jabatan Kerja Raya (JKR) mengeluarkan peruntukan segera sebanyak RM4 juta bagi membaiki lubang-lubang di laluan Lebuh Raya Timur-Barat antara Gerik ke Tasik Banding bagi mencegah kemalangan jalan raya.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Ho Cheng Wang berkata, kerja-kerja menampal semua kerosakan di laluan tersebut akan bermula Jumaat ini.

Skuad khas siasat 'laluan maut' Lebuh Raya Timur-Barat ditubuh

MUAR 26 Dis. -Kerajaan menubuhkan skuad penyiasat bagi mengenal pasti kerosakan dan segera membaiki jalan di Lebuh Raya Timur Barat dari Gerik, Perak ke Tanah Merah, Kelantan yang menjadi ?laluan maut?.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, skuad penyiasat itu terdiri daripada pegawai-pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Lebuh raya Malaysia (LLM) turut diarahkan supaya segera membaiki laluan tersebut.

Roboh Plaza Tol Jelapang.

KUALA LUMPUR: Plaza Tol Jelapang Ipoh, perak, yang mencatat rekod kemalangan paling tinggi bagi laluan Lebuh Raya Utara-Selatan, akan dirobohkan Julai tahun depan.

Ketua pegawai Operasi Plus Expressway Berhad (Plus), Nik Airina Nik Jafaar, berkata ia akan digantikan dengan plaza tol baru dikenali sebagai Plaza Tol Ipoh Utara terletak 800 meter dari Plaza Tol Jelapang.

Beliau berkata, pembinaan plaza tol baru itu yang dimulakan sejak Mei 2005, kini sudah 60 peratus siap dan dijangka siap sepenuhnya pada Julai tahun depan.

'Baiki kerosakan di laluan maut'

PAGOH: Kerosakan permukaan jalan terutama di laluan maut di Lebuh Raya Timur Barat dan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) perlu dikesan lebih awal bagi memudahkan kerja membaikinya dilakukan segera sebelum berlaku lebih banyak kemalangan yang meragut nyawa pengguna jalan berkenaan. 

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S Samy Vellu, berkata arahan sudah dikeluarkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) supaya siasatan terperinci dijalankan terhadap semua kerosakan kecil yang dikesan berlaku di jalan berkenaan. 

Lencongan untuk kenderaan ringan

GUA MUSANG: Kenderaan berat masih dilarang menggunakan Jalan Gua Musang-Kuala Krai walaupun laluan terbabit dibuka kepada kenderaan sejak pagi kelmarin. 

Tindakan itu diambil Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai langkah keselamatan kerana pembinaan lencongan di Kilometer 55 dan 65 itu masih belum siap sepenuhnya walaupun sudah dibuka kepada kenderaan ringan. 

Jalan lencongan di Kilometer 55 dibuka dua lorong, manakala di Kilometer 65 jalan hanya dibuka satu lorong, membuatkan laluan itu belum sesuai untuk dilalui kenderaan berat. 

Projek Jambatan Tambak Johor-CIQ bakal dimuktamad

MUAR 26 Dis. - Kerajaan dalam proses memuktamadkan projek membina jambatan berkonsep baru menghubungkan Tambak Johor dengan Kompleks Pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) yang menghubungkan Malaysia dan Singapura, bernilai kira-kira RM285 juta.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, kertas kerja mengenai pembinaan jambatan tersebut akan diserahkan kepada Kementerian Kewangan sebelum diluluskan untuk memilih kontraktor yang layak membina jambatan tersebut mengikut kos ditawarkan.

RM4 juta turap lubang lebuh raya

IPOH 26 Dis. - Jabatan Kerja Raya (JKR) mengeluarkan peruntukan segera sebanyak RM4 juta bagi membaiki lubang-lubang di laluan Lebuh Raya Timur-Barat antara Gerik ke Tasik Banding bagi mencegah kemalangan jalan raya.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Ho Cheng Wang berkata, kerja-kerja menampal semua kerosakan di laluan tersebut akan bermula Jumaat ini.

Jelapang toll plaza: Start demolition work now

THE Works Minister's announcement that the Jelapang toll plaza will be demolished and moved 800 metres away to prevent future accidents was good news to users ("Killer toll plaza to go in 6 months" - NST, Dec 12). 

But why wait that long to have the toll plaza removed? It would be great if demolition work could start immediately.

I must agree with Tunku Yusuf Jewa's ("Move faster on Jelapang" - NST, Dec 19) that the "haunted" toll plaza should be replaced as soon as possible, instead of waiting for six months before demolition work starts. 

 

Subscribe to