Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

Lencongan sementara di LEKAS

KUALA LUMPUR- Lebuh raya Kajang- Seremban Sdn Bhd. (LEKAS) akan membuat satu lencongan trafik sementara di Jalan Semenyih-Bangi Lama selepas lima hari bermula 27 Disember ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LEKAS, Neoh Soon Hiong berkata, kerja-kerja membuat lencongan itu bermula 8.30 pagi hingga 6.30 petang setiap hari.

"Lebuh raya ini juga akan dinaik taraf termasuk kerja pemasangan rasuk jambatan dan paip pembentungan supaya dapat memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya kelak," katanya pada satu kenyataan media di sini semalam.

Diskaun 10 % Touch 'n Go, Smart Tag

Muar 26 Dis- Rangkaian Segar Sdn. Bhd, Pengeluar kad Touch 'n Go dan Smart Tag, dengan kerjasama semua syarikat konsesi lebuh raya di negara ini menawarkan diskaun khas 10 peratus dan beberapa kemudahan lain kepada pembeli dua jenis kad itu mulai 1 Februari depan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S Samy Vellu ketika mengumumkan tawaran itu memberitahu mereka yang membeli kad Smart Tag mulai  Tarikh itu hanya perlu membayar RM 90 berbanding harga sekarang iaitu RM 100.

Tol enam lebuh raya dinaikkan mulai semalam

KUALA LUMPUR 1 Jan. - Kadar tol di enam lebuh raya dinaikkan antara tujuh peratus dan 50 peratus berkuat kuasa mulai hari ini mengikut perjanjian konsesi.

Lebuh raya itu ialah Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuh Raya Kulim-Butterworth, Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua), Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru serta Tambak Johor dan Plaza Tol Bukit Kayu Hitam.

RM500j baik pulih kemudahan rosak

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerjaraya sudah mula memperbaiki kerosakan infrastruktur yang serius akibat banjir dan semua jabatan di bawahnya dikerah menyegerakan pelaksanaan, terutama di Kedah, Kelantan, Johor serta Pahang, menggunakan peruntukan awal RM500 juta disediakan kerajaan. 

Menterinya, Datuk Seri S Samy Vellu, berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah melaksanakan kerja baik pulih yang kritikal sejak awal musim banjir lagi dan kini kerja membaiki kerosakan yang lebih besar boleh dilakukan berikutan banjir semakin surut. 

Jambatan kedua dipercepat

Projek sepatut dilaksanakan dalam RMK-10 akan dimula pada RMK-9 

GEORGETOWN: Kerajaan Persekutuan bersetuju mempercepatkan pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang bernilai RM2.7 bilion dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). 

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata projek mega terbabit sepatutnya dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) tetapi dipercepatkan ke RMK-9. 

Masalah tanah: LPT pendek 7 kilometer

KUALA LUMPUR 6 Jun. Jajaran Lebuh raya Pantai Timur (LPT) Fasa 2 dipendekkan sepanjang tujuh kilometer daripada 192 kilometer kepada 185 kilometer berikutan masalah pengambilan tanah kebun penduduk.

Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, keputusan itu dibuat selepas kerajaan negeri menerima aduan daripada penduduk bahawa jajaran sebelum ini banyak melibatkan tanah kebun mereka sedangkan sekarang ini harga getah tinggi.

Pengadang besi diganti selepas setahun menunggu

TAMAN INDAH PERDANA - Penduduk di sini tidak lagi hidup dalam kabimbangan kerana setelah lebih setahun menanti, akhirnya besi pengadang yang dicabut ketika kerja pembaikan Jalan Lingkaran Tengah (MMR) dekat sini dipasang semula.

Pengerusi MCA Cawangan Taman Indah Perdana, Chong Sock Guan mengucapkan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang memasang semula pengadang besi itu.

Laporan nahas tol Jelapang ke Kabinet 2 Januari

KUALA LUMPUR: Laporan lengkap punca kemalangan nahas bas persiaran dan lori tangki di Plaza Tol Jelapang, Ipoh pada 11 Disember lalu, dan cadangan menambah baik aspek pemanduan, keselamatan jalan raya dan kenderaan akan dibentangkan kepada Kabinet pada 2 Januari depan. 

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh, berkata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy akan membentangkan laporan siasatan terperinci berkaitan punca tragedi itu kepada Kabinet. 

Subscribe to