Kos bahan mentah naik gugat industri pembinaan
Koridor pembangunan ekonomi terjejas joka kerajaan tak beri insentif KOS pembinaan yang dijangka meningkat hingga 15 peratus tahun depan akan menjadi cabaran utama bagi industri pembinaan tempatan, di sebalik pelbagai langkah dilaksanakan untuk memaju dan meningkatkan pertumbuhannya.
Jangkaan itu susulan kenaikan berterusan harga minyak serta harga bahan binaan utama seperti besi dan simen, selain pelaksanaan Mekanisme Penetapan Harga Automatik (APM) bagi simen yang dujadualkan bermula 1 Januari ini.