Keluasan bumbung tidak ikut spesifikasi antara punca
MARANG: Keluasan bumbung yang tidak mengikut spesifikasi, struktur tanah tidak mampat serta kecuaian kontraktor membina dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Wakaf Tapai, di sini tanpa mengambil kira faktor alam semula jadi dikenal pasti antara punca menyebabkan keseluruhan bumbung dewan besar sekolah itu runtuh tiba-tiba kira-kira jam 8.30 malam, Jumaat lalu.