Alih batu
KAJANG: Baru tiga hari jalan dibuka, ada pihak tidak bertanggungjawab melonggokkan batu besar untuk menghalang laluan. Lebih malang, dalam tempoh sebulan aduan dikemukakan kepada pihak berkaitan, tiada sebarang tindakan susulan dibuat.
KAJANG: Baru tiga hari jalan dibuka, ada pihak tidak bertanggungjawab melonggokkan batu besar untuk menghalang laluan. Lebih malang, dalam tempoh sebulan aduan dikemukakan kepada pihak berkaitan, tiada sebarang tindakan susulan dibuat.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri meminta Kementerian Kerja Raya menyenarai semula projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) mengikut keutamaan dan keperluan, sejajar peralihan tumpuan kerajaan kepada pengeluaran hasil pertanian bagi memenuhi keperluan dalam negara.
Arahan itu yang dibuat serentak dengan kajian separuh penggal RMK-9 yang kini dilaksanakan kementerian, juga perlu mengambil kira peningkatan harga bahan binaan sehingga menyebabkan keseluruhan kos projek turut meningkat.
KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya memutuskan berat muatan bagi setiap gandar kenderaan perdagangan di Jalan Persekutuan yang kini ditetapkan pada sembilan tan, ditambah kepada 12 tan selepas kajian mendapati rangkaian sedia ada mampu menanggungnya.
Menteri Kerjaraya, Datuk Mohd Zin Mohamed, berkata keputusan yang akan berkuat kuasa sebaik diwartakan dalam masa terdekat itu, dibuat berikutan selesainya proses naik taraf jalan dan baik pulih jambatan seluruh negara bagi menampung penambahan beban itu.
Banyak pihak menyokong usaha kerajaan untuk menstruktur semula Badan Pencegah Rasuah (BPR). Sudah tentu kerajaan menyedari penstrukturan semua adalah satu langkah yang amat penting untuk meningkatkan keberkesanan, ketelusan dan akauntabiliti awam dan kepercayaan rakyat.
Tahun demi tahun, di negara kita terdapat peningkatan kadar kesalahan yang bersabit dengan rasuah. Peningkatan kadar rasuah sebanyak 28 peratus dalam tempoh lima tahun adalah satu angka yang amat membimbangkan.
TASEK GELUGOR 25 April - Keputusan kerajaan mengkaji semula pelaksanaan projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) tidak akan menjejaskan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang dijangka tumbuh pada kadar 5 peratus hingga 6 peratus tahun ini.
Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, kajian semula itu mampu menyediakan asas ekonomi negara yang kukuh untuk jangka masa panjang, khususnya dalam aspek pengagihan hasil ekonomi yang lebih cekap.
THE Smart tunnel for the Jalan Sultan Ismail entry and exit stretch will be closed to traffic for eight hours from 11pm this Saturday.
The closure is for the Public Work Department to fix a beam for a pedestrian bridge. Tunnel users are advised to use the Jalan Tun Razak entry point to go to Cheras or Seremban and the Jalan Tun Razak exit point to get to the city centre.
For enquiries, call 1-300-88-7188
KUALA LUMPUR- Terowong SMART bagi laluan keluar masuk Jalan Sultan Ismail di sini, ditutup kepada lalu lintas selama lapan jam mulai 11 malam esok.
Syariat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) dalam satu kenyataan semalam berkata, penutupan itu bagi membolehkan kerja pemasangan 'beam' jejantas pejalan kaki oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).
Pengguna yang ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai penutupan ini boleh menghubungi talian bantuan SMART 1-300-88-7188
KUALA LUMPUR- Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) memaklumkan bahawa susur keluar dan masuk Jalan Sultan ISmail melalui Terowong SMART akan ditutup kepada lalu lintas bermula pukul 11 malam esok hingga 7 pagi Ahad.
Penutupan ini adalah bagi membolehkan kerja-kerja pemasangaan Beam jejantas pejalan kaki oleh Jabatan Kerja Raya (JKR)
Pengguna dinasihatkan supaya menggunakan laluan masuk Jalan Tun Razak untuk ke Cheras-Seremban dan laluan keluar Jalan Tun Razak untuk ke pusat bandar.
KUALA LUMPUR- Dua lorong di kilometer 30.60 Lebuh Raya Shah Alam (KESAS) ke arah timur (Klang-Kuala Lumpur) akan ditutup sementara bermula pukul 11 malam esok hingga 6 pagi Ahad.
Menurut kenyataan kesas semalam, penutupan itu disebabkan kerja-kerja pelebaran jalan dan untuk memastikan kelancaran aliran trafik.Ekoran itu para pengguna dikehendaki memandu dengan berhati-hati dan mengikut papan tanda yang disediakan serta mematuhi laluan.
Untuk maklumat lanjut hubungi talian 03-56337188 atau layari laman web www.kesas.com.my
KAJANG 27 April - Status tanah di persimpangan Bandar Mahkota Cheras dengan Lebuh raya Cheras-Kajang yang menjadi pertikaian antara penduduk dan pemegang konsesi lebuh raya itu, Grand Saga Sdn. Bhd akan diketahui pada Rabu ini.
Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat berkata, Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat akan mengenal pasti status tanah itu sama ada milik kerajaan negeri, Grand Saga atau pemaju.