Penubuhan universiti JKR dua tahun lagi
KUALA LUMPUR - Menteri Kerja Raya Datuk Mohd Zin Mohamed menyifatkan penubuhan Universiti Jabatan Kerja Raya(JKR) yang dijangka akan ditubuhkan dalam tempoh dua tahun lagi dapat membantu menyelesaikan masalah kenaikan harga bahan binaan yang boleh menjejaskan program-program pembangunan infrastruktur.
Beliau berkata, dengan penemuan teknik pembinaan dan kejuruteraan serta penciptaan bahan-bahan binaan yang lebih murah, masalah kenaikan harga bahan binaan dapat diserap dengan lebih berkesan.