Buka laluan serta-merta
KAJANG: "Terima kasih Datuk...terima kasih Datuk' laungan itu bergema di persimpangan Bandar Mahkota Cheras di sini, semalam selepas Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd Zin Mohamed mengumumkan laluan kontroversi terbabit dibuka berkuat kuasa serta-merta.Pengumuman itu yang dibuat kira-kira jam 3.30 petang, sekali gus membangkitkan kegirangan lebih 100 penduduk setempat yang mula berkumpul di persimpangan jalan berkenaan selepas solat Jumaat.Meskipun ketika itu keadaan cuaca tidak begitu baik berikutan hujan renyai, penduduk nampaknya setia menunggu dan tidak berganjak sehingga menteri selesai me