Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

Kronologi isu laluan Bandar Mahkota Cheras

30 JANUARY 2006: Penduduk Bandar Makhota Cheras marah apabila laluan ke Lebuh Raya Cheras-Kajang disekat dengan binaan tembok simen.

13 JUN 2006: Syarikat konsesi Lebuh Raya Cheras-Kajang, Grand Saga Sdn. Bhd memaklumkan bahawa ia sedia membuka laluan alternative ke Bandar Mahkota Cheras jika pemaju projek taman perumahan itu, Narajaya Sdn. Bhd. (Narajaya) memenuhi semua syarat dipersetujui bersama sebelum itu, antaranya Narajaya membayar sejumlah pampas an kepada Grand Saga.

Thank you, minister

I WOULD like to congratulate our Minister of Works for his understanding of the financial burden all of us bear during these inflationary times. His willing ness to review the highway concessions and search for way to ease congestion on the Lebuhraya Damansara are commendable The LDP is in fact an existing urban highway. What Litrak had done was improve upon the different sections built by various developers and subsequently introduced toll charges.

Jalan Bandar Mahkota Cheras dibuka

BANDAR MAHKOTA CHERAS - Kontrovesi temok penghadang yang dibina oleh syarikat konsesi Grand Saga Sdn Bhd (Grand Saga) di Jalan Bandar Mahkota Cheras selesai apabila kerajaan Persekutuan bersetuju untuk membuka semula laluan berkenaan kepada orang ramai mulai jam 3.30 petang semalam.

Menteri Kerja raya, Datuk Ir Mohd Zin Mohamed pada sidang media semalam berkata laluan itu akan terus dibuka sehingga mahkamah membuat keputusan mengenai kontrovesi itu kelak.

Arahan baiki simpang jalan

KAJANG: Kerajaan mengarahkan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) dan Grand Saga Sdn Bhd (Grand Saga), syarikat konsesi Lebuhraya Cheras-Kajang, membaik pulih segera persimpangan Bandar Mahkota Cheras seperti keadaan asal menjelang Jumaat ini. 

Menteri Kerjaraya, Datuk Ir Mohd Zin Mohamed, berkata arahan dikeluarkan bagi keselesaan orang awam menggunakan kemudahan itu di samping memastikan aliran trafik terkawal dan dapat digunakan dengan maksimum. 

Penduduk sorak menteri

KAJANG: Kunjungan Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd Zin Mohamed, semalam untuk meninjau kerja pemasangan enam lampu isyarat oleh syarikat konsesi lebuh raya, Grand Saga Sdn Bhd (Grand Saga) di persimpangan jalan Bandar Mahkota Cheras di sini, menerima sambutan dan sorakan terima kasih kira-kira 100 penduduk setempat.

Penduduk yang kelihatan gembira tidak putus-putus mengucapkan terima kasih dan menunjukkan isyarat bagus kepadanya berikutan pendekatan mesra rakyat beliau yang sebelum ini mengarahkan jalan itu dibuka serta-merta selepas ditutup syarikat terbabit.

Motosikal boleh guna Lebuhraya KL-Putrajaya

KUALA LUMPUR: Penunggang motosikal dibenar menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya berkuatkuasa semalam.

Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd Zin Mohamed, berkata keputusan itu diambil selepas mengambil kira kepentingan pengguna lebuh raya terutama penunggang motosikal.

Dalam kenyataannya beliau berkata, tindakan itu secara tidak langsung dapat menggalakkan pengguna menggunakan motosikal berikutan kenaikan harga minyak, kelmarin.

JEJANTAS menghubungkan Prima Selayang dengan Bandar Baru Selayang sudah dipasang lampu.

Tindakan pantas Jabatan Kerja Raya (JKR) memasang lampu pada jejantas yang menghubungkan Prima Selayang dengan Bandar Baru Selayang wajar dipuji.

Dengan adanya lampu tersebut, orang ramai kini boleh menggunakan jejantas tersebut pada waktu malam tanpa ada sebarang perasaan takut.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan jejantas yang tidak berlampu itu menyebabkan orang ramai tidak mahu menggunakannya kerana keadaan pada waktu malam sangat gelap. 

Lebuh Raya KL- Putrajaya dikenali Maju Expressway

KUALA LUMPUR Konsortium Lapangan Terjaya Sdn. Bhd. (KLT), yang memajukan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya kini dikenali sebagai Maju Expressway Sdn. Bhd. (MESB).Pengurus Besar MESB, Riza Salahettin Khuddus berkata, penukaran nama itu bertujuan menampilkan imej korporat syarikat yang lebih dinamik dan progresif.

Sehubungan itu, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya sejauh 26 kilometer itu juga ditukar nama kepada Maju Expressway (MEX).

Isu Grand Saga: Bukan tunduk kepada desakan

SUBANG 31 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan Kabinet mengarahkan laluan Bandar Mahkota Cheras ke persimpangan Bandar Tun Hussein Onn di Lebuh Raya Cheras-Kajang dibuka semula, tidak boleh dilihat sebagai kerajaan mengalah atau tunduk pada tekanan.Sebaliknya, tegas Timbalan Perdana Menteri, langkah itu yang diputuskan Kabinet semalam ekoran penutupannya yang mencetuskan kontroversi sejak dua tahun lalu membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap kehendak rakyat.Beliau bagaimanapun mengingatkan pihak yang terlibat agar tidak menjadikan keputusan kerajaan itu sebagai peluang un

Subscribe to