Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

Penunggang motosikal dibenar guna lebuh raya bertingkat

KUALA LUMPUR - Penunggang motosikal pelbagai kelas kini dibenarkan menggunakan Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) berkuat kuasa semalam, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Mohd Zin Mohamed.

Beliau berkata, ini adalah lebuh raya kedua yang dibuka kepada motosikal pada bulan ini.

Pada 5 Jun lepas, penunggang motosikal pelbagai kelas telah dibenarkan menggunakan Lebuh Raya Kuala Lumpur ? Putrajaya atau yang kinidikenali sebagai Maju Expressway, katanya pada satu kenyataan akhbar semalam.

PLUS ready to discuss toll rate review

KUALA LUMPUR: Highway Concessionaire PLUS Expressways Bhd is prepared to discuss with the government the plan to review concession agreements, managing director Noorizah Abd Hamid said yesterday.

She said PLUS had been providing all the information that the government requested.

"But we have not engaged with the government in any official discussion on this matter yet. We don't know what the review will be," she told reporters after a meeting with the company?s shareholders here.

Pembinaan Jambatan Kedua tetap diteruskan

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meneruskan pelaksanaan projek pembinaan jambatan Kedua Pulau Pinang dan pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), kata Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Beliau turut menegaskan bahawa UEM Group menerusi konsortium yang turut dianggotai China Harbour Engineering Company (CHEC) kekal sebagai kontraktor utama projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang itu.

Terowong Kajang RM25 juta

KUALA LUMPUR - Pembinaan terowong di Kajang Utama/Kajang Sentral bagi merentasi  Lebuh Raya Kajang Silk dianggarkan menelan belanja RM25 juta, persidangan Dewan Rakyat, Datuk Mohd Zin Mohamed berkata, kementerian masih menunggu kelulusan peruntukan kerjaan bagi membiayai kos pembinaan terowong di Kajang Utama untuk merentasi Lebuh Raya Kajang Silk.

Traffic tangle from new projects

PUCHONG: Planned and coordinated housing development, paired with the building of a proper infrastructure, is a boon to the people who live in an area. Without those, chaos will ensue.

This is the crux of the concerns raised by Pusat Bandar Puchong residents? association over a project taking shape in Pusat Bandar Puchong on a piece of land facing the Lebuhraya Damansara Puchong (LDP)

Association chairman Awie Ung says the main concern over the mixed development project is traffic moving in and out of Persiaran Wawasan from the LDP.

Kontraktor bumiputera bimbang terjejas

OHOR BAHRU 27 Jun - Kenaikan harga bahan binaan yang terlalu tinggi dan mendadak terutamanya besi keluli akhir-akhir ini, menyebabkan lebih 4,000 kontraktor bumiputera di Johor berhadapan dengan kemungkinan terpaksa 'gulung tikar' dalam tempoh terdekat ini.

Yang DiPertua Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Johor, Ir. Mahmood Amir berkata, golongan kontraktor di Johor serta di seluruh negara secara amnya memerlukan bantuan segera daripada kerajaan bagi menangani masalah yang amat kritikal ini.

Cadang kerajaan beli syarikat konsesi tol

SHAH ALAM 28 Jun - MCA Selangor mencadangkan kerajaan mengambil alih 19 buah syarikat konsesi lebuh raya yang beroperasi di Lembah Klang dalam usaha mengurangkan bebanan rakyat ekoran kenaikan harga minyak.

Timbalan Pengerusi Perhubungan MCA Selangor, Datuk Tang See Hang berkata, langkah itu bukan sesuatu yang mustahil kerana kerajaan mempunyai kemampuan hasil keuntungan Petronas dan pengurangan subsidi minyak.

Hapus tol di Selangor

SHAH ALAM: MCA Selangor memohon kerajaan supaya mengurang atau menghapuskan bayaran tol di lebuh raya di Selangor bagi meringankan beban rakyat berikutan kenaikan harga minyak baru-baru ini.

Pengerusi MCA Selangor, Datuk Tang See Hang, berkata penghapusan atau pengurangan tol dapat dilaksanakan jika kerajaan membeli balik syarikat konsesi lebuh raya.

Grand Saga tarik balik permohonan injunksi

KUALA LUMPUR 24 Jun - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan syarikat konsesi Lebuh Raya Cheras-Kajang, Grand Saga Sdn. Bhd. (Grand Saga) menarik balik permohonan injunksi bagi menghalang Jawatankuasa Bertindak Buka Jalan Bandar Mahkota Cheras (BMC) dan dua lagi daripada merobohkan tembok penghadang di persimpangan jalan itu. 

Hakim Datuk Abdul Wahab Patail membuat keputusan tersebut selepas permohonan Grand Saga untuk berbuat demikian tidak mendapat bantahan daripada pihak-pihak defendan.

Subscribe to