Lekas bukan sekadar lebuh raya
SEMENYIH - Pembinaan Lebuhraya Kajang-Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dilihat bukan sahaja memberi pilihan kepada pengguna tetapi juga mampu memberikan nikmat kepada penduduk di 10 buah kampung di sekitarnya.
Ini kerana Lekas selain memberikan manfaat kepada pengguna lalu lintas yang sentiasa ulang alik dari Kuala Lumpur ke Seremban tanpa `terperangkap? dalam kesesakan jalan raya.
Ia juga menjadi `batu loncatan' kepada proses pembangunan di kawasan itu seterusnya memudahkan pengguna sempena musim cuti perayaan seperti Aidilfitri ini.